
Homeowners ordered to pay PR1MA damages over failed LAD suit
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
The Johor Bahru High Court has ordered unit owners in Residensi Prima Tebrau to pay Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia RM15,000 in damages and costs. (PR1MA pic) PETALING JAYA: The owners of 86 units in an affordable housing scheme have been ordered to pay damages to a federal agency, after the Johor Bahru High Court ruled their pursuit of additional compensation for late delivery breached a settlement agreement already in place. (Free Malaysia Today, 06:30)
Read the reporting
1 report
Pemilik diarah bayar PR1MA ganti rugi
Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan pemilik unit di Residensi Prima Tebrau bayar ganti rugi dan kos RM15,000 kepada Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia. (Gambar PR1MA) PETALING JAYA: Pemilik 86 unit skim perumahan mampu milik diperintah membayar ganti rugi kepada sebuah agensi persekutuan selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan tuntutan bagi pampasan tambahan berhubung kelewatan penyerahan melanggar perjanjian penyelesaian sedia ada.
Hakim Wong Mee Ling dalam membenarkan tuntutan balas Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), memerintahkan setiap pemilik unit di Residensi Prima Tebrau membayar ganti rugi nominal RM10,000 kepada agensi itu berserta kos RM5,000.
Pemilik berkenaan sebelum ini memeterai perjanjian penyelesaian dengan PR1MA bagi ganti rugi ditetapkan (LAD) dan telah menerima bayaran penuh, namun bertindak memfailkan saman bagi menuntut pampasan tambahan atas kelewatan penyerahan unit mereka.
Dalam keputusan minggu lalu, Wong berkata sebaik sahaja pihak terlibat melaksanakan sepenuhnya terma perjanjian dan menerima faedahnya, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menarik balik atau menyimpang daripada kompromi yang telah dicapai.
“Surat penerimaan yang (sudah ditandatangani) tersebut membentuk kompromi yang mengikat di bawah Seksyen 64 Akta Kontrak 1950,” katanya.
“Dengan menerima jumlah penyelesaian itu, pihak-pihak plaintif ini (pemilik unit) telah mementerai persetujuan dan pelunasan yang secara efektif melepaskan pihak defendan (PR1MA) daripada liabiliti selanjutnya.”
Tindakan membenarkan pemilik unit meneruskan tuntutan mereka selepas 'menerima dan menikmati faedah berkenaan' akan membawa kepada pengayaan tanpa hak, kata hakim.
Wong turut menolak tuntutan LAD oleh pemilik tujuh unit yang bukan sebahagian daripada perjanjian penyelesaian tersebut, dengan menyatakan tuntutan mereka dikekang tempoh had masa di bawah Akta Had Masa 1953. Mereka juga diperintahkan membayar kos RM5,000 setiap seorang.
Kes di hadapan Wong melibatkan penentuan enam persoalan undang-undang yang dikemukakan pihak-pihak yang bertikai.
Pertikaian itu berpunca daripada perjanjian jual beli (SPA) berkanun dimeterai PR1MA dengan pemilik unit antara 2012 hingga 2015, yang menetapkan tempoh penyiapan selama 54 bulan bagi penyerahan pemilikan kosong dan kemudahan bersama, berbanding tempoh lazim 36 bulan.
Saman difailkan pada 2021 tersebut diasaskan atas hujahan bahawa tempoh penyiapan berkenaan telah dilanjutkan secara tidak sah oleh pengawal perumahan dan sepatutnya dikembalikan kepada 36 bulan, seperti diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
Wong memutuskan bahawa lanjutan tempoh penyiapan projek perumahan diluluskan pengawal adalah sah dan mengikat pembeli walaupun terdapat perubahan undang-undang selepas itu.
“Justeru, tempoh (penyiapan) 54 bulan ditetapkan dalam SPA kekal sah dan boleh dikuat kuasa. Percubaan plaintif untuk menggantikan tempoh tersebut secara retrospektif dengan tempoh 36 bulan tidak boleh diterima dari sudut undang-undang,” kata Wong.
NG Vinod bertindak bagi pihak pemilik unit, manakala Shahrysham Kamran dan Danish Abdul Rasid mewakili PR1MA.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today06:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.