Malaysian Attention Engine
Live wire
56General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November54Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare48'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M46Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam46Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City45Business : Malaysia Must Plan Data Centre Growth To Attract Quality Investments - Anwar45Scammer impersonates Raja Muda’s bodyguard to dupe public over luxury car, land deals: Selangor Palace45DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah41Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Honda New City Hatchback kini di pasaran, harga bermula RM95,900

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:33 MYTLatest activity 19 Oct, 11:33BMconfidence 60%

What happened

Kuala Lumpur: Honda Malaysia secara rasminya melancarkan New City Hatchback, sekali gus membawa rekaan segar, keterhubungan yang ditingkatkan serta teknologi keselamatan komprehensif ke dalam pasaran segmen B tempatan. (Harian Metro, 11:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Honda New City Hatchback kini di pasaran, harga bermula RM95,900

19 Oct, 11:33 MYT

Kuala Lumpur: Honda Malaysia secara rasminya melancarkan New City Hatchback, sekali gus membawa rekaan segar, keterhubungan yang ditingkatkan serta teknologi keselamatan komprehensif ke dalam pasaran segmen B tempatan.

Ditawarkan dalam tiga varian dengan harga bermula daripada RM95,900, model hatchback ini memberikan gaya sporty kepada pelanggan untuk mengekspresikan personaliti dan gaya hidup mereka.

New City Hatchback bertindak sebagai pemangkin utama dalam memacu momentum pasaran Honda Malaysia, selain menyertai New City Sedan yang diperkenalkan baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, model itu telah membina hubungan kukuh dengan pelanggan tempatan sejak mula diperkenalkan, terutamanya dalam kalangan profesional muda.

"Berdasarkan kekuatan ini, New City Hatchback memperkenalkan sentuhan rekaan yang dikemas kini, keterhubungan yang lebih baik dan rangkaian ciri keselamatan lengkap untuk memenuhi jangkaan pelanggan yang sentiasa berubah," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, model baharu ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu V pada harga RM95,900, Petrol RS (RM100,900) dan varian tertinggi e:HEV RS yang dijual pada harga RM112,900 (semua harga atas jalan tanpa insurans).

Dari sudut luaran, ia tampil dengan bahagian hadapan yang lebih tajam menerusi lampu utama bersepadu New Connected Headlights dan New Bi-LED Headlights, serta rim aloi dua warna 16 inci bersama empat pilihan warna menarik termasuk rekaan warna baharu, Blazing Red Pearl.

Ruang kabin turut menerima pembaruan moden dengan gabungan 3D Pattern Mid Garnish dan Ambient Lighting, disokong skrin Display Audio 10 inci yang lebih besar serta kemudahan New Wireless Charger.

Praktikaliti kenderaan dikekalkan menerusi ciri kualiti ikonik ULTRA Seats yang menawarkan empat mod fleksibel iaitu Utility, Long, Tall, dan Refresh untuk keperluan ruang kargo harian.

Aspek keselamatan ditingkatkan apabila ciri Blind Spot Information bersama Cross Traffic Monitoring, Honda LaneWatch, dan Honda SENSING kini dijadikan sebagai standard bagi semua varian, manakala Sistem Kamera 360 Multi-View khusus untuk varian RS.

Bagi pilihan rangkaian kuasa, pengguna boleh memilih enjin 1.5L DOHC i-VTEC atau 1.5L e:HEV yang menghasilkan kuasa 109PS dan tork 253Nm bagi pengalaman pemanduan hibrid yang lancar.

Sempena kempen pelancaran, Honda Malaysia menawarkan ganjaran tunai RM4,000 bagi pendaftaran New City Hatchback, selain rebat khas trade-in sehingga RM2,000 menerusi program Honda Certified Used Car (HCUC) dan CARSOME.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:10 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 11:33 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.