
Hurikan Isaias: Empat maut, ratusan ribu terputus bekalan elektrik di AS
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Di Florida sahaja, sebanyak 430,000 isi rumah terjejas, menurut Gabenor Ron DeSantis. (Astro Awani (BM), 10:00)
Read the reporting
1 report
Taufan Isaias badai AS: 4 maut, ratusan ribu penduduk terputus bekalan elektrik
WASHINGTON: Sekurang-kurang empat maut di Amerika Syarikat (AS) akibat Taufan Isaias, menurut pengesahan pihak berkuasa, semalam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut perangkaan rasmi dari Florida dan Alabama, ratusan ribu penduduk terputus bekalan elektrik akibat bencana itu.
Di Florida saja, sebanyak 430,000 isi rumah terjejas, kata Gabenornya, Ron DeSantis.
DeSantis berkata, seorang terkorban di Florida selepas sebatang pokok tumbang menghempap bumbung rumah mangsa.
Seorang lagi mangsa pula ditemukan meninggal dunia di dalam garaj ketika sebuah generator sedang beroperasi.
Bagaimanapun, DeSantis tidak memberi butiran lanjut mengenai punca kematian mangsa.
Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Alabama, sebanyak 200,000 kes gangguan bekalan elektrik direkodkan di negeri itu.
Dua mangsa turut dilaporkan terkorban di Alabama.
Taufan Isaias membadai Florida pada Jumaat lalu dengan kelajuan angin mencecah 165 kilometer sejam.
Keadaan darurat telah diisytiharkan di beberapa negeri sebagai langkah berjaga-jaga.
Ribut itu pada awalnya dikategorikan sebagai hurikan, namun semakin lemah sepanjang malam.
Bagaimanapun, menurut perkhidmatan kaji cuaca, ribut itu masih mengancam nyawa, antaranya akibat risiko banjir.
Ribut itu kini melanda sebahagian besar kawasan tenggara AS dengan membawa hujan lebat dan angin kencang.
Menurut Pusat Taufan Kebangsaan, kesan Taufan Isaias mungkin bukan saja dirasai di Florida serta Alabama tetapi juga di beberapa negeri lain termasuk Georgia, Mississippi dan Tennessee.
Tanah runtuh dan puting beliung juga berkemungkinan berlaku di beberapa kawasan.
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, penduduk Mexico sedang bersiap sedia menghadapi ketibaan Hurikan Simon.
Hurikan yang kini dikategorikan sebagai Kategori 4 (sangat kuat) itu dijangka mengekalkan kekuatannya dan terus bergerak menuju ke pantai Pasifik di bahagian tengah barat Mexico, menurut Perkhidmatan Meteorologi Mexico serta Kementerian Marin Mexico.
Perkhidmatan Meteorologi meramalkan hurikan itu menghampiri pantai barat Mexico pada jarak kira-kira 30 kilometer menjelang petang ini.
Hujan lebat, kelajuan angin hingga 240 kilometer sejam di pusat hurikan, serta ombak setinggi enam hingga lapan meter dijangka berlaku.
Menurut kementerian itu, kawasan rendah berisiko mengalami kenaikan paras air, banjir dan tanah runtuh.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)10:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.