
Impian tercapai, Zila Bakarin terharu dapat nyanyi bersama idola
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Impian tercapai, Zila Bakarin terharu dapat nyanyi bersama idola (Harian Metro, 11:27)
Read the reporting
1 report
Impian tercapai, Zila Bakarin terharu dapat nyanyi bersama idola
syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Allah akan makbulkan impian kita, cuma cepat atau lambat sahaja," luah pelakon, Zila Bakarin selepas impiannya untuk bertemu Ratu Rock, Ella Aminuddin akhirnya menjadi kenyataan.
Zila, 51, berkongsi rasa teruja dan terharu itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, hari ini susulan peluang yang diberikan kepadanya pada acara pembukaan butik milik Ella di Shah Alam, semalam.
Menurut Zila, detik berkenaan amat bermakna dalam hidupnya kerana perlu menunggu sehingga usia separuh abad sebelum dapat bersua muka serta berduet dengan idola kesayangannya.
"Satu perkara yang saya belajar daripada cerita semalam, Allah akan makbulkan impian kita, cuma cepat atau lambat sahaja.
"Selepas 51 tahun, akhirnya saya dapat berjumpa dengan idola sendiri. Dijemput ke majlis pembukaan butik beliau dan berpeluang menyanyi bersama-sama," tulisnya.
Dalam hantaran sama, pelakon itu turut memuji perwatakan penyanyi lagu Standing in the Eyes of the World berkenaan apabila menyifatkan Ella sebagai seorang yang sangat peramah dan tidak sombong.
"Masya-Allah, cantik, comel dan rendah hati orangnya. Wow! Terima kasih, Allah. Alhamdulillah, syukur," tulisnya.
Perkongsian berkenaan turut meraih perhatian pengikut serta peminatnya di media sosial melihat kenangan manis yang tercipta antara kedua-dua figura seni tanah air itu.
Terdahulu, Zila membuat kejutan apabila menyampaikan lagu Puteri Kota yang dipopularkan Ella dalam sebuah program realiti yang mendapat komen positif daripada kalangan peminat dunia hiburan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.