
‘Ini paling sesuai, sejauh mana Disagree boleh bertahan’
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
‘Ini paling sesuai, sejauh mana Disagree boleh bertahan’ (Google News Malaysia (BM), 09:00)
Read the reporting
1 report
‘Ini paling sesuai, sejauh mana Disagree boleh bertahan’
LEBIH sedekad vakum daripada sebarang perkongsian muzik, kumpulan rock alternatif, Disagree optimis kembali mewarnai industri tanah air dengan pengumuman konsert dan album terbaharu, Black & White in Colour.
Bagaimanapun, Disagree yang kini dianggotai Zahid, Hamka dan Taa mengakui perubahan teknologi dan cara peminat mendengar muzik pada era kini menuntut mereka untuk lebih aktif menerusi pelbagai platform digital termasuk media sosial.
Malah, Zahid berkata, situasi ketika ini berbeza berbanding mereka mula aktif apabila persediaan membuat persembahan dirasakan lebih ringkas dan tidak memerlukan teknologi serta pasukan besar.
“Ketika kami masih muda, banyak perkara yang dibuat secara mudah sahaja. Semuanya seperti pasang dan terus main. Ketika itu belum ada kandungan media sosial yang perlu difikirkan.
“Kami memang perlu menghasilkan video muzik, tetapi selain itu, kami hanya perlu hadir ke persembahan, bawa gitar dan pembesar suara, sambungkan audio dan terus main muzik.
“Sekarang ada ‘In-Ear Monitor’ (IEM), muzik latar, ‘stems’, komputer riba dan kami juga perlu mempunyai pasukan jurutera bunyi.
Cabaran
“Semuanya memerlukan kos yang tinggi. Jadi apabila kembali, kami terfikir bagaimana hendak bertahan dengan keadaan seperti ini?” katanya pada sidang media mempromosikan Disagree Live In Concert di Plaza Mont Kiara di sini, baru-baru ini.
Mengulas rintangan untuk kembali aktif selepas sekian lama, Zahid mengakui berasa bimbang sekiranya usaha menghidupkan semula Disagree tidak bertahan lama.
“Kami juga risau bagaimana sebuah kumpulan yang datang daripada generasi lama seperti kami boleh terus bertahan dalam dunia hari ini.
“Bagaimana hendak memastikan kami tidak hilang semula selepas ini. Jadi, perkara itu juga masih cuba saya fikirkan.
“Soal rasa kekok, rasanya tidak ada. Saya percaya selagi kami terus berinteraksi dengan penonton dan peminat, itu yang penting,” katanya.
Ubah cara
Sambung Zahid, dia bersama dua lagi anggota, iaitu Hamka dan Taa perlu lebih aktif di media sosial dengan mencipta pelbagai kandungan yang lebih dekat dengan pendengar muzik masa kini.
“Mungkin antara perkara yang kami belajar setakat ini, orang ramai suka siaran langsung di TikTok. Bayangkan, kami yang sudah berusia ini buat siaran langsung di TikTok.
“Sekurang-kurangnya kami perlu terus hadir dan berinteraksi dengan peminat, sama ada menerusi sesi TikTok, YouTube atau apa sahaja platform yang sesuai,” katanya.
Dalam pada itu, Zahid berkata, sokongan peminat menjadi antara faktor yang mendorong Disagree untuk kembali, sebelum masing-masing sepakat memulakan fasa baharu dalam karier mereka pada pertengahan 2023.
“Antara sebab kami kembali adalah kerana ketika kami berehat selama lebih 10 tahun itu, kadang-kadang kami terserempak dengan peminat di jalan yang sangat gembira dan teruja apabila berjumpa.
“Mereka masih ingat kami dan apabila berjumpa, reaksi mereka membuatkan kami sedar bahawa muzik yang kami hasilkan suatu ketika dahulu masih mempunyai tempat dalam hati peminat.
“Jadi, apabila ada peluang untuk kembali bersama, kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kami mencuba semula dan melihat sejauh mana Disagree boleh bertahan dalam landskap muzik hari ini,” katanya.
Disagree yang ditubuhkan pada 1995 mengambil keputusan untuk berehat daripada aktiviti muzik pada 2011 apabila setiap anggota perlu memberi tumpuan kepada keluarga dan komitmen pekerjaan masing-masing.
Kumpulan berkenaan kemudian kembali pada Mei lalu dengan melancarkan single baharu, Let’s Do It All Again sebagai antara usaha awal membuat kemunculan semula.
Dalam perkembangan lain, Disagree akan muncul dengan album ketiga, Black & White in Colour yang memuatkan 21 lagu, sekali gus menjadi rakaman rasmi pertama kumpulan itu dalam tempoh 17 tahun selepas album kedua, To Prevent The Earth From Moving With You.
Album berkenaan akan dilancarkan pada 24 Oktober ini sempena persembahan khas mereka, Disagree Live In Concert di REXKL, Kuala Lumpur.
The post ‘Ini paling sesuai, sejauh mana Disagree boleh bertahan’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.