Malaysian Attention Engine
Live wire
51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS51Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel36General : Watsons Malaysia's 888th Branch Enters MBOR As Largest Health And Beauty Retail Store36Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun36Over 1,800kg of invasive fish hauled from Ampang Hilir Lake Park35Keluarga 3 rakyat Malaysia mangsa banjir Nepal terima bantuan 'one off' RM6,50035General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products35Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau35Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram35TDM semak semula SOP susulan kes anggota ditahan bersama pistol, peluru35‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’32'Rakyat berhak dapat penjelasan' - AMK persoal kemampuan UMNO-BN kekalkan kestabilan Negeri Sembilan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Isu padi perlu dilihat dengan perspektif lebih luas-Rozabil

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 17:04 MYTLatest activity 17 Oct, 17:04BMconfidence 60%

What happened

ARAU: Isu melibatkan tanaman padi perlu dilihat dengan perspektif lebih luas dan bukan hanya membabitkan aspek baja atau subsidi semata-mata, sebaliknya melibatkan keseluruhan ekosistem pesawah khususnya di negeri ini. (Utusan Malaysia, 17:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Isu padi perlu dilihat dengan perspektif lebih luas-Rozabil

By ASYRAF MUHAMMAD · 17 Oct, 17:04 MYT

ARAU: Isu melibatkan tanaman padi perlu dilihat dengan perspektif lebih luas dan bukan hanya membabitkan aspek baja atau subsidi semata-mata, sebaliknya melibatkan keseluruhan ekosistem pesawah khususnya di negeri ini.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata, sebagai contoh, beliau difahamkan terdapat banyak unit atau sawah di negeri ini tidak mendapat bekalan air sebaiknya disebabkan pam gagal menarik sumber ke kawasan tanaman diusahakan.

Selain itu katanya, kos peningkatan diesel yang tinggi turut memberi kesan berikutan terdapat banyak jentera padi di kawasan luar bandar tidak mempunyai lesen khusus.

“Jadi pesawah menyuarakan agar kerajaan dapat pertimbangkan supaya subsidi diesel boleh diberi secara langsung melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kerana mereka semua mendaftar sebagai ahli dan pihak terlibat turut mempunyai data lengkap.

“Jadi solusi mereka adalah dengan menyalurkan diesel melalui PPK dan PPK dapat salur semula kepada pengusaha yang menggunakan jentera melalui data yang mereka ada,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pesawah di kawasan Arau di sini hari ini.

Beliau juga berharap agar kerajaan dapat melihat berkaitan soal kualiti benih, baja dan racun padi susulan pelbagai rungutan diterima daripada pengusaha tanaman padi.

Jelas beliau, isu ini perlu diberi perhatian memandangkan keadaan itu dapat menjejaskan hasil tuaian padi yang tidak berpatutan dengan usaha dan kos dikeluarkan pesawah.

“Kita tidak mahu pesawah mengusahakan bendang dalam keadaan rugi kerana kalau berlarutan dibimbangi mereka akan berhenti mengusahakan tanaman ini, sekali gus menjejaskan pengeluaran padi negara,” katanya.

Beliau juga sedang berusaha mengatur pertemuan antara pesawah bersama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam masa terdekat bagi mencari solusi terbaik dalam permasalahan dihadapi itu.

“Saya minta kementerian agar melihat perkara ini dalam membantu membela nasib pesawah khususnya apabila timbulnya isu kelewatan baja pada musim lepas.

“Malah saya juga cadang dalam pertemuan dengan KSU nanti agar perkara berkaitan kerugian disebabkan oleh kelewatan ini dapat dibawa kerana ia bukan berpunca daripada pesawah tapi syarikat pembekal yang melalui kontrak kerajaan,” katanya merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.-UTUSAN

The post Isu padi perlu dilihat dengan perspektif lebih luas-Rozabil appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:0019:00
Latest 19:09 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
17 Oct, 17:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Isu padi perlu dilihat dengan perspektif lebih luas-Rozabil · Malaysian Attention Engine