
Isu pelarian Rohingya cetus perang mulut di Dewan Rakyat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Isu pelarian Rohingya cetus perang mulut di Dewan Rakyat (Harian Metro, 19:35)
Read the reporting
1 report
Isu pelarian Rohingya cetus perang mulut di Dewan Rakyat
nooratiqah.sulaiman@bh.com.my
Kuala Lumpur: Isu pelarian Rohingya mencetuskan pertikaman lidah antara Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Pertikaman lidah itu bermula apabila Ahmad Fadhli mempersoalkan hasil pertemuan kerajaan dengan pemimpin junta tentera Myanmar yang didakwa bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa pada 2021, khususnya berkaitan usaha menyelesaikan isu pelarian Rohingya di Malaysia.
Beliau mempersoalkan sama ada pertemuan berkenaan menghasilkan penyelesaian konkrit termasuk mekanisme dan tempoh pelaksanaan penghantaran pulang pelarian terbabit.
Rayer kemudiannya mencelah dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mencapai persetujuan dengan wakil Myanmar supaya kebanyakan pelarian di Malaysia dihantar pulang dengan kos ditanggung negara itu.
Bagaimanapun, Ahmad Fadhli menyifatkan persetujuan berkenaan belum memadai kerana tidak disertakan angka khusus dan garis masa pelaksanaan yang jelas.
Perbahasan semakin tegang apabila Rayer mendakwa Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) dan bekas Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak pernah menjemput pelarian Rohingya datang ke Malaysia.
Rayer turut mempersoalkan kritikan terhadap usaha kerajaan menyelesaikan isu berkenaan.
"Yang menjemput ramai-ramai datang ke sini, pelarian daripada Myanmar datang ke sini, bukan Yang Berhormat dari Tambun (Anwar). Marang (Abdul Hadi) dan Pekan (Najib) yang menjemput. Jadi kita cuba selesaikan, apa masalahnya?
"Kita mengeluh ramai pelarian, banyak masalah sosial, jadi kerajaan usahakan untuk dihantar balik," katanya.
Sebagai respons, Ahmad Fadhli menunjukkan keratan akhbar berkaitan kenyataan Anwar pada 2020 yang menyokong bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya termasuk pendirian supaya mereka tidak ditolak sehingga terpaksa kelaparan.
"Saya sudah jangka Jelutong akan bangkitkan perkara ini. Saya bawa petikan daripada Malaysiakini pada 26 April 2020 dengan petikan 'Kita sokong bantu Rohingya atas prinsip', kata Anwar. Ini Anwar mana ni?
"Petikan akhbar lain mendedahkan Anwar berkata jangan kembalikan pelarian Rohingya ini dalam keadaan lapar. Ini Anwar mana, Jelutong? Ini YB Tambun," katanya.
Rayer kemudian menjelaskan bahawa pendirian berkenaan diambil atas dasar kemanusiaan dan sebab itu ia dipertahankan.
Mengakhiri perbahasannya, Ahmad Fadhli menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pelarian yang melakukan kesalahan serta mengkaji kebolehlaksanaan pusat penempatan terkawal, termasuk meneliti kapasiti penempatan yang bersesuaian.
Beliau berkata, kerajaan perlu mencari penyelesaian konkrit terhadap isu berkenaan kerana kehadiran ramai pelarian menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan, meskipun isu itu turut membabitkan pertimbangan kemanusiaan.
"Kita mahu supaya kerajaan lebih bertindak tegas. Saya faham bahawa kerajaan sudah melakukan usaha diplomasi yang begitu baik, tetapi jangan samakan usaha ini seperti mana usaha Tunku Abdul Rahman berunding dengan komunis Chin Peng satu ketika dahulu.
"Chin Peng tidak dihampar dengan karpet merah. Chin Peng hanya berunding di dalam bangunan sekolah bagi menunjukkan tidak ada pengiktirafan kepada komunis oleh kerajaan pada waktu itu.
"Bila kita berunding dengan pengganas, bila berunding dengan orang yang tidak diiktiraf, maka paling tidak, kena ada satu penyelesaian yang cukup konkrit," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.