
JAG rancang pengembangan RM60 juta sasar sisa teknologi masa depan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: JAG Bhd merancang pengembangan perniagaan pengurusan sisa membabitkan keperluan modal kira-kira RM60 juta, termasuk pembelian tanah dan peralatan, bagi merebut peluang kitar semula perkakasan pusat data, panel solar serta bateri kenderaan elektrik (EV). (Berita Harian, 22:19)
Read the reporting
1 report
JAG rancang pengembangan RM60 juta sasar sisa teknologi masa depan
KUALA LUMPUR: JAG Bhd merancang pengembangan perniagaan pengurusan sisa membabitkan keperluan modal kira-kira RM60 juta, termasuk pembelian tanah dan peralatan, bagi merebut peluang kitar semula perkakasan pusat data, panel solar serta bateri kenderaan elektrik (EV).
Langkah berkenaan menyusuli pemeteraian Perjanjian Jual Beli (SPA) oleh JAG Renewable Energy Sdn Bhd dengan Kobe Steel Ltd bagi memperoleh hartanah perindustrian pegangan bebas di HICOM, Shah Alam, pada harga RM36.89 juta.
Hartanah berkenaan terletak di H.S.(D) 329003, PT 58002, Pekan Hicom, Daerah Petaling, Selangor dan akan digunakan untuk menyokong penubuhan barisan pengeluaran baharu yang dirancang serta memperluas kapasiti penyimpanan kumpulan.
JAG berkata, pengambilalihan itu adalah langkah strategik dalam cadangan pengembangan bahagian perniagaan Pengurusan Sisa Penuh, yang dijangka meningkatkan keupayaan pemprosesan dan fleksibiliti operasinya.
Menurut syarikat itu, pertumbuhan pelaburan dalam pusat data, infrastruktur tenaga solar dan EV dijangka menghasilkan jumlah bahan kitar semula yang semakin meningkat apabila aset berkenaan mencapai penghujung kitaran hayat.
Pengarah Eksekutif JAG Bhd, Dato' Ng Meow Giak, berkata pembelian tanah berkenaan bukan sekadar menambah asas aset perindustrian syarikat, malah menjadi pelaburan strategik bagi menyokong fasa seterusnya pengembangan perniagaannya.
"Ketika Malaysia terus melabur dalam infrastruktur digital, tenaga boleh diperbaharui dan elektrifikasi, aliran sisa baharu akan muncul secara beransur-ansur apabila aset ini mencapai akhir kitaran hayatnya.
"Perkakasan pusat data akhir hayat, panel solar dan bateri EV akan memerlukan kitar semula khusus, pemulihan bahan serta penyelesaian pengurusan sisa yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Meow Giak berkata, pengembangan kapasiti pemprosesan dan penyimpanan pada masa ini akan membolehkan JAG bersedia merebut peluang berkenaan, selain terus menyediakan penyelesaian pengurusan sisa yang andal, patuh dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada pelanggan.
"Pengurusan sisa kekal sebagai industri yang dikawal selia dengan halangan teknikal, operasi dan pematuhan yang ketara untuk kemasukan. Membina infrastruktur, keupayaan pemulihan dan kesediaan kawal selia bagi menyokong aliran sisa masa hadapan memerlukan masa.
"Pengembangan ini membolehkan kami bersedia lebih awal daripada permintaan, memperkukuh keupayaan mendapatkan semula bahan bernilai lebih tinggi daripada aliran sisa semakin kompleks dan mengukuhkan peranan jangka panjang JAG dalam menyokong ekonomi kitaran Malaysia," katanya.
Pembelian hartanah itu akan dibiayai menerusi dana dalaman bagi deposit 10 peratus, manakala baki harga pembelian menggunakan pinjaman bank. Pengembangan berkenaan akan melengkapi kepakaran Jaring Metal Industries Sdn Bhd dalam kitar semula sisa industri serta pemulihan logam berharga, ferus dan bukan ferus.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian22:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.