
Jakim perkasa industri halal negara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BANGI: Kerajaan sedang memperkukuh usaha memperkasakan industri halal negara susulan cadangan penubuhan pasukan petugas khas ( task force ) bagi meneliti keperluan penggubalan Akta Halal. (Utusan Malaysia, 11:22)
Read the reporting
1 report
Jakim perkasa industri halal negara
BANGI: Kerajaan sedang memperkukuh usaha memperkasakan industri halal negara susulan cadangan penubuhan pasukan petugas khas ( task force ) bagi meneliti keperluan penggubalan Akta Halal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan berkenaan dan sedang dalam proses memperkasakan industri halal negara.
“Sebenarnya kita ambil maklum dan sedang dalam tindakan kami, kita dalam proses untuk kukuhkan lagi industri halal negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Penerbitan Buku Agama Malaysia (MAPBA), hari ini.
Cadangan berkenaan dikemukakan oleh Pakar Perundangan dan Perlembagaan, Prof. Madya Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz yang berpandangan pasukan petugas khas perlu menganalisis peluang dan cabaran penggubalan Akta Halal secara menyeluruh.
Dalam pada itu, mengulas siasatan terhadap Aliff Daniel, Zulkifli berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau rapat perkembangan kes berkenaan dengan kerjasama jabatan agama berkaitan.
“Namun, kita menghormatilah ini merupakan bidang kuasa Jabatan Agama negeri-negeri. Jadi, di pihak kami, kami sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan,” katanya.
Beliau berkata, tindakan undang-undang berhubung perkara itu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam yang mempunyai bidang kuasa berkaitan.
Mengulas desakan supaya Senator Marhamah Rosli direhatkan susulan isu yang dikaitkan dengan gerakan New Age Movement (NAM), Zulkifli berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan dan maklumat sedang diperoleh daripada pakar.
“Jadi, kita juga akan menyerahkan satu persoalan-persoalan bertulis insya-Allah yang akan dijawab oleh Yang Berhormat. Jadi, semua ini akan diselesaikan secara sebaik,” katanya. – UTUSAN
The post Jakim perkasa industri halal negara appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.