Malaysian Attention Engine
Live wire
55Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM12548Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46Boleh kritik tapi biar beradab, bertanggungjawab - MCMC46Tiga lelaki ditahan, curi motosikal44Isu derma Najib: Jangan buli mahasiswa kerana berani bersuara – Wan Fauzuldin44Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara38Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif36Zahid nasihat ADUN BN jangan campur tangan urusan DKU, institusi diraja35Perjalanan pulang terakhir... 2 beranak maut kenderaan dihempap kontena35Agong berkenan terima watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia35World : 550,000 Take Part France Protests, 400 Arrested: Minister
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Jalan sukar United atasi ‘sumpahan’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 08:30 MYTLatest activity 19 Oct, 08:30BMconfidence 60%

What happened

SEJAK beberapa musim lalu, Manchester United berdepan isu kegagalan mendapatkan stabiliti pada awal saingan setiap musim sehingga menyaksikan beberapa pengendali pasukan mereka dipecat. (Kosmo!, 08:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Jalan sukar United atasi ‘sumpahan’

By MOHD KHAIRI MOHAMAD · 19 Oct, 08:30 MYT

SEJAK beberapa musim lalu, Manchester United berdepan isu kegagalan mendapatkan stabiliti pada awal saingan setiap musim sehingga menyaksikan beberapa pengendali pasukan mereka dipecat.

Erik Ten Hag yang menghadiahkan dua piala mengalami masalah sama, dipecat dan digantikan oleh Ruben Amorin sebelum pengurus dari Portugal itu mengalami nasib yang sama selepas United berdepan ‘sindrom awal musim’.

Januari lalu, Michael Carrick ke kelab lamanya sebagai pengendali sementara, meraih 17 kemenangan untuk membantu United mengakhiri musim lalu di kedudukan ketiga dan layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Bagaimanapun, baru enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) diharungi, Carrick nampak gayanya mungkin terpaksa mengikut jejak langkah Ten Hag dan Amorim apabila nasibnya cukup getir.

Segalanya berpunca daripada kegagalan United mendapatkan keputusan yang diharapkan apabila sekadar meraih satu kemenangan, seri dalam tiga perlawanan dan tewas dua kali di EPL, manakala aksi kedua UCL kecundang berdepan Atletico Madrid.

Malah, mereka juga tersingkir awal daripada saingan Piala Liga Inggeris setelah tumbang berdepan Brighton sekali gus melengkapkan ‘rencah’ untuk berdepan segala kekalutan ketika ini dan memberi tekanan hebat buat Carrick untuk mempertahankan ‘kerusi panas’ itu.

Kritikan yang dilemparkan oleh pemain pertahanan, Lisandro Martinez selepas tewas kepada Atletico sebelum ini seakan membuka ‘pekung’ bilik persalinan pasukan itu.

Menelusuri nasib yang sedang melanda United, mungkin para peminat mereka berdepan kebuntuan mengenai bagaimana pengurus yang memberikan mereka keceriaan musim lalu, seakan hilang sentuhan musim ini.

Ia bukan mengenai falsafah, bukan juga kerana strategi. Tahap pemain yang dianggap ‘kelas A atau B’ seperti yang dikatakan Martinez ketika mereka tewas kepada Atletico juga tidaklah sepenuhnya benar kerana mereka juga tewas berdepan Brighton yang tidaklah memiliki ramai pemain berkelas dunia.

Ramai pemerhati bola sepak Inggeris beranggapan bahawa faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan United untuk menang adalah mental pemain yang terlalu lemah.

‘Fergie time’ yang sebelum ini menjadi senjata rahsia United sudah tidak mampu untuk berfungsi kerana mereka tidak memiliki keyakinan sama ada menjaringkan gol atau mempertahankan gawang daripada bolos.

Alasan bahawa United memerlukan masa untuk kembali bangkit seperti zaman kegemilangan mungkin cukup klise buat para peminat mereka, namun itulah hakikat bahawa masa kebangkitan itu belum tiba.

Mungkin banyak alasan boleh disenaraikan mengenai faktor dan punca kegagalan United sepanjang 13 tahun selepas pemergian Sir Alex Ferguson, tetapi ‘kerja-kerja’ untuk bangkit tidak mudah dan bagi sesetengah peminat ini mungkin memberi pengalaman yang cukup luar biasa.

Luar biasanya adalah mengenai perjalanan, selepas mengecapi gemilang, mengharungi zaman kejatuhan, kemudian mempamerkan peningkatan seakan memberi harapan, namun kembali jatuh dan itu pastinya satu proses yang memberikan keterujaan.

The post Jalan sukar United atasi ‘sumpahan’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:10 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
19 Oct, 08:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    08:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.