Isu derma Najib: Jangan buli mahasiswa kerana berani bersuara – Wan Fauzuldin
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUANTAN – Mahasiswa tidak sepatutnya dibuli hanya kerana menyuarakan pandangan dan pendirian mereka, kata Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad.Menurutnya, sebaliknya golongan mahasiswa berhak mengemukakan pandangan dan kritikan selagi tidak melampaui batas serta menjaga adab.Katanya, mahasiswa seperti Ummi Umairah Bakhit, perlu diberi ruang untuk menyuarakan pendapat tanpa berdepan tekanan daripada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka."Anak-anak muda berhak untuk menyatakan pendirian mereka bahawa 'menderma' kepada seseorang penyakau dan pe (Sinar Harian, 11:26)
Read the reporting
1 reportIsu derma Najib: Jangan buli mahasiswa kerana berani bersuara – Wan Fauzuldin
KUANTAN – Mahasiswa tidak sepatutnya dibuli hanya kerana menyuarakan pandangan dan pendirian mereka, kata Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad.Menurutnya, sebaliknya golongan mahasiswa berhak mengemukakan pandangan dan kritikan selagi tidak melampaui batas serta menjaga adab.Katanya, mahasiswa seperti Ummi Umairah Bakhit, perlu diberi ruang untuk menyuarakan pendapat tanpa berdepan tekanan daripada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka."Anak-anak muda berhak untuk menyatakan pendirian mereka bahawa 'menderma' kepada seseorang penyakau dan perasuah itu suatu perbuatan yang 'bodoh'."Jika ada dalam kalangan orang politik atau 'ulamak-ulamak jahat' yang mahu bersimpati dengan penyakau, silakan tetapi jangan buli anak-anak muda dan mahasiswa seperti Ummi Umairah ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Dalam forum terbuka bersama-sama pemimpin UMNO baru-baru ini, Ummi Umairah mempersoalkan tindakan orang ramai menderma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda mahkamah berjumlah RM50 juta.Pandangan itu kemudiannya mengundang kecaman di media sosial, termasuk komen berbaur ugutan terhadap mahasiswa berkenaan.Mengulas lanjut, Wan Fauzuldin turut memuji Universiti Malaya (UM) yang mengesahkan tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap Ummi Umairah susulan persoalan serta pandangan yang disuarakannya itu.Tegasnya, perbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk.Beliau menambah, mahasiswa perlu dibentuk menjadi individu yang berfikiran kritis, berprinsip serta bertanggungjawab."Kepada semua anak muda dan mahasiswa, teruskan memberi pandangan dan kritikan asalkan tidak melampaui batasan dan adab."Percayalah majoriti rakyat Malaysia akan berada di belakang kamu dan akan melindungi kamu daripada gerombolan pembuli dan penyakau itu," katanya.
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian11:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.