
Boleh kritik tapi biar beradab, bertanggungjawab - MCMC
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan mengkritik perlu dilakukan secara beradab serta bertanggungjawab, selain tidak menjadikannya alasan untuk melakukan buli siber.MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada gangguan, ugutan, penghinaan, serangan peribadi atau penyebaran maklumat peribadi yang boleh mengancam keselamatan dan maruah individu.Menurut kenyataan itu, MCMC turut menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh menjadi normalisasi dalam masyarakat yang menghor (Sinar Harian, 11:41)
Read the reporting
1 report
Boleh kritik tapi biar beradab, bertanggungjawab - MCMC
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan mengkritik perlu dilakukan secara beradab serta bertanggungjawab, selain tidak menjadikannya alasan untuk melakukan buli siber.
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada gangguan, ugutan, penghinaan, serangan peribadi atau penyebaran maklumat peribadi yang boleh mengancam keselamatan dan maruah individu.
Menurut kenyataan itu, MCMC turut menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh menjadi normalisasi dalam masyarakat yang menghormati hak bersuara dan nilai saling menghormati.
"MCMC menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan bahawa setiap kebebasan datang bersama-sama tanggungjawab, khususnya dalam penggunaan media sosial.
"Suruhanjaya ini turut mengambil perhatian terhadap kebimbangan Seri Paduka Baginda mengenai penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), untuk menghasilkan kandungan palsu serta penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan fitnah dan kebencian," menurut kenyataan MCMC hari ini.
MCMC dalam kenyataan itu memaklumkan bahawa suruhanjaya itu, akan terus memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat menerusi kerjasama dengan penyedia platform, agensi berkaitan dan masyarakat.
Selain itu, suruhanjaya tersebut turut menyatakan bahawa sebarang kandungan disyaki melanggar undang-undang akan diteliti dan dikenakan tindakan sewajarnya, berdasarkan peruntukan undang-undang.
"MCMC turut menyeru rakyat Malaysia supaya menghayati titah Seri Paduka Baginda dengan menghormati perbezaan pandangan, menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi serta menjaga adab dan maruah orang lain menerusi setiap interaksi dalam talian," menurut kenyataan itu. – BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 4 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian11:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.