
Jemaah umrah Bangladesh sempat hubungi keluarga sebelum terkorban di Lapangan Terbang Riyadh
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
DHAKA: Beberapa saat selepas serangan Houthi menyasarkan Lapangan Terbang Riyadh, jemaah umrah Bangladesh, Nasrullah Badar sempat menghubungi keluarganya di Dhaka, namun tidak mampu mengeluarkan sepatah kata. (Utusan Malaysia, 13:30)
Read the reporting
1 report
Jemaah umrah Bangladesh sempat hubungi keluarga sebelum terkorban di Lapangan Terbang Riyadh
DHAKA: Beberapa saat selepas serangan Houthi menyasarkan Lapangan Terbang Riyadh, jemaah umrah Bangladesh, Nasrullah Badar sempat menghubungi keluarganya di Dhaka, namun tidak mampu mengeluarkan sepatah kata.
Sehari kemudian, abangnya menerima berita dia tidak terselamat dalam serangan itu.
Badar, 37, seorang guru dan imam, mengetuai sekumpulan 44 rakyat Bangladesh untuk menunaikan umrah. Mereka berlepas dari Dhaka pada pagi Sabtu dan menunggu selama dua jam di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid untuk menaiki penerbangan seterusnya ke Jeddah.
Ketika itu, pada awal petang, peluru berpandu Houthi membedil kawasan lapangan terbang berkenaan.
“Ketika serangan berlaku, mereka sedang bersiap untuk menaiki pesawat. Letupan berlaku betul-betul di sebelahnya, berdasarkan apa yang saya dengar daripada jemaah lain.
“Selepas letupan itu, dia menghubungi kami dua kali. Walaupun panggilan diterima, kami tidak dapat mendengar suaranya.
“Mungkin akibat kecederaan parah, dia tidak mampu mengeluarkan sepatah kata pun. Selepas itu, kami menelefonnya semula berkali-kali, tetapi panggilan tidak dijawab,” kata abangnya, Mohammad Ahsan Ullah Badar, kepada Arab News.
Menjelang petang, nombor telefon Nasrullah tidak lagi dapat dihubungi.
“Sepanjang sehari, kami tidak mendapat sebarang petunjuk tentang keberadaannya. Kami mencarinya di beberapa hospital dan merata-rata tempat, tetapi tidak menemui apa-apa.
“Sehari kemudian, pada Ahad pukul 4 petang (waktu tempatan), kami menerima berita sedih itu melalui Kedutaan Bangladesh di Arab Saudi,” kata abangnya.
Nasrullah ialah antara dua rakyat Bangladesh daripada keseluruhan 13 orang yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu pada Sabtu di ibu negara Arab Saudi itu.
Lebih 300 orang lagi cedera, termasuk 24 rakyat Bangladesh. Menurut Kedutaan Bangladesh di Riyadh, mereka terdiri daripada 11 pekerja migran dan 13 jemaah umrah yang masih menerima rawatan di hospital.
Nasrullah meninggalkan dua anak lelaki yang masih kecil dan seorang anak perempuan.
Ketika tiba di Riyadh, dia menghubungi isteri dan ibu bapanya.
“Ketika berbual dengan ayah kami, dia berkata, berharap dapat menunaikan umrah bagi pihak ayah. Dia juga meminta ibu kami mendoakannya.
“Adik lelaki saya seorang yang sangat baik dan berhati mulia. Seluruh penduduk kampung kami menangis dan terkejut dengan berita kematiannya yang terlalu awal.
“Sejak petang Ahad, orang ramai datang ke rumah kami untuk mengucapkan takziah. Mereka semua hanya mengatakan satu perkara, orang yang berhati mulia dan warak sepertinya bukan mudah untuk digantikan,” ujar Mohammad Ahsan.
The post Jemaah umrah Bangladesh sempat hubungi keluarga sebelum terkorban di Lapangan Terbang Riyadh appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.