
Jenayah sempadan: KDN sasar pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan sindiket rentas sempadan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Usaha membanteras jenayah rentas sempadan turut memberi tumpuan kepada pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan sindiket dan bukan hanya memberi tumpuan kepada tekong atau penyeludup di lapangan semata-mata. (Berita Harian, 12:39)
Read the reporting
1 report
Jenayah sempadan: KDN sasar pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan sindiket rentas sempadan
KUALA LUMPUR: Usaha membanteras jenayah rentas sempadan turut memberi tumpuan kepada pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan sindiket dan bukan hanya memberi tumpuan kepada tekong atau penyeludup di lapangan semata-mata.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata tindakan bersepadu agensi penguat kuasa turut memberi tumpuan kepada usaha melumpuhkan keseluruhan ekosistem sindiket yang terbabit dalam penyeludupan manusia dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Fokus tindakan bersepadu membabitkan penggunaan laluan tidak rasmi bukan sahaja merangkumi penahanan PATI, merampas barang terlarang dan membanteras penyeludupan manusia.
"Malah ia juga meliputi usaha melumpuhkan seluruh ekosistem sindiket termasuk rantai tekong, pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan mereka di bawah penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Itu yang kita laksanakan malah kita sentiasa tingkatkan," katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) mengenai tindakan bersepadu kerajaan membanteras penggunaan laluan tidak rasmi di sempadan Perlis bagi penyeludupan manusia, dadah dan barangan terlarang, termasuk tindakan terhadap tekong, pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan sindiket.
Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, operasi bersepadu membabitkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta agensi penguat kuasa lain terus diperkemas bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.