
Jerebu berpanjangan tambah tekanan kepada sektor insurans Malaysia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Jerebu berpanjangan dijangka menambah tekanan kepada sektor insurans Malaysia yang sudah berdepan peningkatan kos tuntutan perubatan, ketidaktentuan pendapatan pelaburan serta tekanan kos sara hidup. (Berita Harian, 12:58)
Read the reporting
1 report
Jerebu berpanjangan tambah tekanan kepada sektor insurans Malaysia
KUALA LUMPUR: Jerebu berpanjangan dijangka menambah tekanan kepada sektor insurans Malaysia yang sudah berdepan peningkatan kos tuntutan perubatan, ketidaktentuan pendapatan pelaburan serta tekanan kos sara hidup.
Penganalisis MBSB Research, Samuel Woo, berkata peningkatan kes pernafasan susulan jerebu berpotensi meningkatkan tuntutan insurans perubatan dan kesihatan, termasuk di bawah segmen Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang sedia terjejas akibat kenaikan kos ubat-ubatan dan peralatan perubatan berikutan gangguan logistik global.
Beliau berkata, keadaan itu menambah cabaran kepada penyedia insurans yang perlu mengimbangi peningkatan kos tuntutan dengan kemampuan pengguna menanggung premium lebih tinggi terutama ketika isi rumah masih berdepan tekanan kos sara hidup.
"Tahun 2027 menjadi tempoh penting bagi penetapan semula premium MHIT susulan tamatnya had kenaikan premium 10 peratus yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2026," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Sebelum jerebu berlaku, Woo berkata, penyedia insurans kesihatan sudah memberi petunjuk mengenai kemungkinan kenaikan premium yang ketara pada 2027 bagi menangani peningkatan kos perubatan.
Bagaimanapun, katanya, kenaikan premium yang terlalu tinggi berisiko mendorong lebih ramai pemegang polisi membatalkan perlindungan, selain mencetuskan tekanan awam dan kemungkinan campur tangan kawal selia lanjut.
"Penyedia MHIT kini berdepan pilihan sukar antara menaikkan premium bagi menampung peningkatan kos tuntutan atau menerima margin keuntungan yang lebih rendah sekiranya kenaikan dibuat secara lebih sederhana.
"Risiko tindak balas kawal selia itu dijangka lebih tertumpu kepada produk kesihatan dengan premium berulang manakala segmen manfaat pekerja tidak tertakluk kepada had kenaikan 10 peratus berkenaan dan kadar premium dirundingkan setiap tahun," katanya.
Selain peningkatan tuntutan perubatan, beliau berkata, aktiviti pembenihan awan bagi membantu mengurangkan jerebu turut berpotensi meningkatkan risiko banjir kilat dan tanah runtuh, sekali gus memberi kesan kepada tuntutan insurans am, termasuk insurans kebakaran dan kenderaan.
Bagaimanapun, menurutnya, kesan terhadap pemain insurans am dijangka terhad memandangkan kebanyakan syarikat berkemungkinan mengehadkan pendedahan kepada kawasan yang mempunyai risiko bencana tinggi.
Dari segi prestasi syarikat, Allianz Malaysia Bhd (ALLZ) sebagai antara pemain yang berpotensi menerima kesan lebih besar berikutan pendedahannya kepada produk kesihatan berpremium tetap manakala Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) dijangka kurang terjejas.
"Dalam separuh pertama tahun kewangan 2026, produk manfaat pekerja merangkumi 17 peratus daripada sumbangan kasar bertulis (GWP) segmen keluarga STMB manakala produk premium berulang hanya 0.6 peratus. Secara keseluruhan, produk perubatan menyumbang 12 peratus daripada jumlah GWP syarikat itu," katanya.
Firma penyelidikan itu turut menekankan ketidaktentuan mengenai sama ada episod jerebu seteruk itu akan berulang pada tahun-tahun akan datang memandangkan fenomena El Niño kuat yang dijangka berterusan sehingga Februari 2027 berkemungkinan menjadi antara faktor yang memburukkan keadaan semasa.
"Ketidakpastian itu boleh terus mempengaruhi sentimen pelabur menjelang musim jerebu tahun depan walaupun tahap keterukan episod seterusnya masih belum dapat dipastikan.
"Walaupun sektor insurans mengekalkan penarafan positif, pelabur disaran berwaspada terhadap peningkatan risiko operasi, tekanan margin dan ketidaktentuan kawal selia yang boleh membebankan prestasi industri," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.