
Jerebu tidak halang warga kota riadah di taman
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Meskipun kualiti udara merosot dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat, sebahagian warga kota masih meneruskan aktiviti riadah di kawasan terbuka termasuk di Taman Tasik Titiwangsa dan Taman KLCC. (Berita Harian, 10:24)
Read the reporting
1 report
Jerebu tidak halang warga kota riadah di taman
KUALA LUMPUR: Meskipun kualiti udara merosot dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat, sebahagian warga kota masih meneruskan aktiviti riadah di kawasan terbuka termasuk di Taman Tasik Titiwangsa dan Taman KLCC.
Tinjauan di Taman Tasik Titiwangsa seawal jam 7.30 pagi mendapati kawasan taman diselubungi jerebu nipis dengan jarak penglihatan agak terhad, manakala Menara Berkembar PETRONAS yang lazimnya jelas kelihatan dari situ tampak samar-samar diselaputi lapisan asap halus.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalang puluhan pengunjung daripada melakukan senaman ringan, berjalan kaki dan berjoging di sepanjang laluan taman berkenaan.
Seorang pengunjung, Dolhisyam Ahmad, 66, berkata dia maklum mengenai keadaan kualiti udara yang kurang memuaskan, namun tetap bersenam kerana aktiviti itu sudah menjadi rutin hariannya.
"Saya tahu IPU agak tinggi hari ini, tetapi jika tidak berlari atau berjalan cergas walaupun sekejap, badan rasa lemah dan kurang bertenaga.
"Saya cuma kurangkan intensiti senaman dan elakkan berlari atau berjalan cergas terlalu jauh berbanding hari biasa," katanya ketika ditemui hari ini.
Katanya, jumlah pengunjung yang melakukan aktiviti riadah di taman itu turut berkurangan sejak jerebu melanda negara.
"Kebiasaannya di sini pada waktu pagi ramai pengunjung yang melakukan aktiviti kesihatan masing-masing, namun sejak jerebu berlaku ia berkurangan.
"Keadaan jerebu ini sememangnya menjejaskan banyak aktiviti sihat di sini dan saya berharap keadaan kembali pulih sekali gus membolehkan orang ramai menjalani aktiviti yang sihat seperti biasa," katanya.
Situasi hampir sama turut dilihat di Taman KLCC apabila beberapa kumpulan pengunjung dan keluarga masih mengambil kesempatan untuk beriadah di sekitar tasik.
Seorang lagi pengunjung, Siti Nurhafizah Mohd Rosli, 25, berkata dia lebih selesa bersenam di kawasan terbuka berbanding di gimnasium kerana suasana semula jadi yang lebih menenangkan.
"Sebenarnya saya agak bimbang dengan kesihatan paru-paru, sebab itu saya pakai pelitup muka jenis N95 sepanjang berjalan cergas. Selagi langkah berjaga-jaga diambil, saya rasa tiada masalah untuk meneruskan aktiviti beriadah ini," katanya.
Sementara itu, seorang peniaga, K Ramachandran, 52, berpendapat pendedahan singkat kepada udara berjerebu tidak akan memberikan kesan buruk secara mendadak kepada individu yang mempunyai tahap imunisasi yang baik.
"Saya sudah biasa beriadah di sini setiap pagi sejak lima tahun lalu. Bagi saya, apa yang penting ialah minum air masak dengan kerap selepas bersenam dan terus pulang ke rumah untuk membersihkan diri," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.