
Jurugambar sambilan NSTP teruja terima Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jurugambar sambilan NSTP teruja terima Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor (Harian Metro, 15:09)
Read the reporting
1 report
Jurugambar sambilan NSTP teruja terima Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Penat lelah melakukan liputan pelbagai kes dan program kepolisan akhirnya terbayar bagi jurugambar sambilan, Muhammad Najmi Nor'Azam, apabila menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor.
Muhammad Najmi, 28, yang bertugas di The New Straits Times Press (NSTP) sejak Mac 2025 meluahkan rasa terharu dan bersyukur atas penghargaan buat julung kali daripada Ketua Polis Johor.
Menurutnya, sijil penghargaan berkenaan memberikan suntikan semangat untuknya terus komited dan memberikan yang terbaik dalam tugasannya.
"Rasa segala penat lelah sepanjang membuat liputan bagi apa sahaja kes, sidang media mahu pun majlis rasmi polis Johor akhirnya berbayar.
"Penghargaan ini bukan sahaja memberi semangat baharu, malah menambah pengalaman serta membuka peluang untuk saya menjalinkan hubungan lebih rapat dengan polis Johor selain menambah kenalan baharu," katanya selepas menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Muhammad Najmi turut merakamkan penghargaan buat semua pihak yang banyak menyokongnya walaupun masih baharu setahun lebih bertugas.
"Terima kasih juga kepada rakan-rakan setugas, bukan sahaja di NSTP mahu pun Media Prima, tetapi buat semua rakan di Kelab Media Johor yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar," katanya.
Muhammad Najmi antara 50 individu yang menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor daripada Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad pada Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor bagi bulan Oktober 2026, hari ini.
Sementara itu, Ab Rahaman dalam ucapannya berkata, sijil penghargaan itu diberikan kepada warga polis Johor yang menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan serta orang awam yang sentiasa memberikan kerjasama kepada polis Johor.
"Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima. Penghargaan ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi adalah simbol bahawa setiap usaha, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan sentiasa dihargai.
"Jadikanlah penghargaan ini sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.