
Jurupandu selam Korea Selatan didakwa serang pemuzik Taiwan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Koror, Palau: Pihak berkuasa Palau menyiasat dakwaan serangan di dalam air oleh seorang jurupandu selam ( divemaster ) warga Korea Selatan terhadap pemuzik Taiwan, Devon Song dan jurupandu selamnya yang berasal dari Bangladesh, lapor South China Morning Post. (Harian Metro, 11:51)
Read the reporting
1 report
Jurupandu selam Korea Selatan didakwa serang pemuzik Taiwan
Koror, Palau: Pihak berkuasa Palau menyiasat dakwaan serangan di dalam air oleh seorang jurupandu selam ( divemaster ) warga Korea Selatan terhadap pemuzik Taiwan, Devon Song dan jurupandu selamnya yang berasal dari Bangladesh, lapor South China Morning Post.
Song, anggota kumpulan muzik Nan Quan Mama menerusi hantaran di media sosial mendakwa beliau dan jurupandu selamnya, Sobuj Patwary diserang seorang jurupandu selam Korea Selatan yang dikenali sebagai 'Romeo.'
Menurut Song, mereka sedang menyelam di Siaes Corner, lokasi menyelam popular di barat Koror apabila Romeo tiba-tiba menyerang mereka dari bawah pada kedalaman kira-kira 25 meter.
Romeo didakwa menumbuk topeng selam Song dan cuba menanggalkannya, namun Song berjaya mempertahankan diri.
Patwary kemudian campur tangan untuk menghentikan Romeo tetapi lelaki itu didakwa cuba menanggalkan topeng dan sirip penyelam Patwary serta menanggalkan keluar alat pengawal pernafasan dari belakang.
LJ, kakitangan warga China di pusat selam tempat Patwary bekerja berkata, Patwary 'berkali-kali tertelan air' ketika cuba mengambil semula alat pernafasan alat pernafasan kitar semula ( rebreather ) miliknya. Seorang lagi pelanggan kemudian mengiringinya kembali ke pantai.
Song menyifatkan insiden itu sebagai 'percubaan membunuh' dan memaklumkan Patwary hampir kehilangan nyawa.
Pemuzik itu turut memuat naik rakaman video kejadian berkenaan di media sosial.
Patwary kemudian mengesahkan dakwaan Song menerusi hantaran di media sosial sambil menegaskan jurupandu selam di Palau bertanggungjawab untuk 'memastikan setiap penyelam kembali ke permukaan dengan selamat.'
Romeo yang mengendalikan sebuah lagi pusat selam di Palau bagaimanapun mendakwa kumpulan Song dan Patwary memasuki kawasan penyelaman pasukannya serta tidak mengendahkan isyarat supaya mereka beredar.
Beliau turut mendakwa Patwary menyerangnya terlebih dahulu dan tindakannya itu hanya untuk mempertahankan diri.
Song menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Romeo dengan menyifatkannya sebagai 'pembohongan' selain menegaskan kumpulannya 'langsung tidak melawan ketika di dalam air.'
Beliau turut mempersoalkan tindakan Romeo dengan berkata, walaupun seseorang menceroboh kawasan anda, perlukah anda menyerang mereka di dalam air?
LJ berkata, kumpulan Song dan Patwary berada sekurang-kurangnya 20 meter dari pasukan Romeo dan tidak memasuki kawasan mereka selain mendakwa kejadian itu bukan kali pertama Romeo bertindak sedemikian.
Pusat selam tempat Song dan Patwary kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis tempatan.
Pada 12 Oktober lalu, Biro Pelancongan Palau dan Kerajaan Negeri Koror mengeluarkan kenyataan bersama memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan.
Kenyataan itu turut menyebut individu yang terbabit digantung daripada melakukan aktiviti menyelam dan menjalankan kegiatan berkaitan pelancongan sementara menunggu hasil siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.