
Jururawat ditikam suami, anak harap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jururawat ditikam suami, anak harap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain (Harian Metro, 17:52)
Read the reporting
1 report
Jururawat ditikam suami, anak harap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain
am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Keluarga jururawat yang ditikam enam kali oleh suaminya pada 5 Oktober lalu tidak mahu suspek menerima hukuman sebagai pembalasan, sebaliknya berharap keadilan dapat ditegakkan.
Anak sulung mangsa, Nik Ruziany Nik Ahmad Ruzi, 19, berkata, dia berharap kejadian menimpa ibunya itu tidak berulang kepada orang lain.
"Saya tidak mahu dia (suspek) menerima hukuman berat sebagai pembalasan.
"Saya cuma berharap keadilan dapat diberikan kepada ibu supaya perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain," katanya yang juga anak sulung daripada dua beradik.
Nik Ruziany berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh, di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, hari ini.
Ibunya kini menerima rawatan di hospital berkenaan.
Nik Ruziany turut berkongsi perkembangan positif mengenai pemulihan ibunya apabila mangsa kini mula bercakap secara perlahan-lahan.
"Ibu saya sudah mula bercakap sedikit demi sedikit, tetapi perkara yang paling dirisaukan ialah keadaan neneknya yang sudah tua serta keselamatan anak-anaknya," katanya.
Dalam kejadian di Ketereh pada 5 Oktober lalu, jururawat berusia 44 tahun itu dipercayai ditikam sebanyak enam kali pada badan dan leher oleh suaminya yang berusia 47 tahun.
Susulan kejadian itu, polis menahan lelaki terbabit bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata berbahaya, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro17:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.