
Kabus atau asap jerebu pagi ini?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Keadaan langit yang diselubungi lapisan kelabu tebal sehingga mengaburkan pemandangan bangunan ikonik di ibu negara mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial sama ada fenomena itu kabus atau asap jerebu. (Utusan Malaysia, 09:27)
Read the reporting
1 report
Kabus atau asap jerebu pagi ini?
KUALA LUMPUR: Keadaan langit yang diselubungi lapisan kelabu tebal sehingga mengaburkan pemandangan bangunan ikonik di ibu negara mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial sama ada fenomena itu kabus atau asap jerebu.
Tinjauan di platform Threads mendapati orang ramai berkongsi gambar dan pengalaman masing-masing ketika jarak penglihatan semakin terhad, dengan sebahagian meluahkan kebimbangan terhadap tahap pencemaran udara serta kesannya kepada kesihatan.
Kekeliruan itu timbul apabila keadaan atmosfera yang kelihatan seperti kabus tebal sebenarnya berlaku ketika beberapa kawasan negara berdepan masalah jerebu susulan cuaca kering dan pergerakan asap rentas sempadan
Seorang pengguna Threads Mnfauzi, berkongsi pemandangan Masjid Putra dan Pejabat Perdana Menteri dari kediamannya yang kelihatan diselubungi lapisan udara kelabu.
“Teruk jerebu kali ni. Ni keadaan Masjid Putra & PMX Office dari rumah jam 7.45 pagi,” katanya.
Terdahulu, Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8.30 pagi ini dengan Seremban mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 186.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Negeri Sembilan antara negeri yang terjejas apabila Nilai merekodkan bacaan IPU 183, manakala Port Dickson mencatatkan 174.
Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai masing-masing mencatatkan bacaan 184 dan 183, manakala Alor Gajah merekodkan 177.
Di Johor, Segamat merekodkan bacaan 183, diikuti Tangkak (181), Pasir Gudang (179), Kluang (176), Larkin (172), Batu Pahat (169), Pengerang (169) serta Kota Tinggi (164).
Sementara itu, di Selangor, Johan Setia mencatatkan bacaan 182, diikuti Shah Alam (178), Petaling Jaya (169), Klang (169), dan Banting (169) serta Kuala Selangor (145).
Di Wilayah Persekutuan, Batu Muda di Kuala Lumpur merekodkan bacaan 172, Putrajaya (170) dan Cheras (170).
Di Perak, Tasek Ipoh mencatatkan bacaan 176, diikuti Tanjung Malim (173), Pegoh Ipoh (171), Seri Manjung (159) dan Taiping (130).
Beberapa kawasan di Pahang turut merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Rompin (170), Indera Mahkota (162), Temerloh (154) dan Balok Baru (152).
Di Kedah, Sungai Petani mencatatkan bacaan 157, manakala Alor Setar merekodkan 152.
Di Pulau Pinang pula, Minden mencatatkan bacaan 153, diikuti Seberang Jaya (151) dan Seberang Perai (120). Kemaman di Terengganu merekodkan bacaan 153.
Bagaimanapun, semua stesen pemantauan di Sabah, Sarawak, Labuan, Kelantan dan sebahagian Terengganu masih merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Orang ramai khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mengambil langkah penjagaan kesihatan sewajarnya ketika keadaan jerebu berterusan. – UTUSAN
The post Kabus atau asap jerebu pagi ini? appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.