Malaysian Attention Engine
Live wire
44Politics : Melaka Polls: PH Candidate List Discussions More Than 95 Per Cent Complete - Fahmi41Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM40Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas40Pergaduhan libat 5 lelaki bersejata di Taman Medan Jaya bukan isu perkauman - Polis37General : RON97, Unsubsidised RON95 Down 5 Sen, Diesel Down 10 Sen From Oct 1536Indonesia’s haze spikes Singapore pollution, shuts East Timor schools34Epic Games Delays Disney Project, Asks Developers to Use More AI33Aryna Sabalenka terus merudum, tersingkir di Wuhan33World : Sri Lanka To Introduce HIV Prevention Drug In 202732Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis31FIFA rancang dana pembangunan RM25.95 bilion30General : Malay Rulers Urge Outsiders Not To Politicise Negeri Sembilan Throne Dispute
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kawalan sempadan maritim Kudat diperkukuh, radar AI dirancang pada 2028

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 22:01 MYTLatest activity 14 Oct, 22:01BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Pengawasan keselamatan di sektor Kudat, Sabah akan dipertingkat menerusi perolehan radar dan kamera jarak jauh berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi memperkukuh kawalan sempadan maritim negara. (Berita Harian, 22:01)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kawalan sempadan maritim Kudat diperkukuh, radar AI dirancang pada 2028

By BERNAMA · 14 Oct, 22:01 MYT

KUALA LUMPUR: Pengawasan keselamatan di sektor Kudat, Sabah akan dipertingkat menerusi perolehan radar dan kamera jarak jauh berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi memperkukuh kawalan sempadan maritim negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata perolehan aset itu dirancang di bawah Pelan Pelaksanaan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada 2028, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keupayaan pengawasan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, langkah penguatkuasaan turut dilaksanakan secara berterusan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan tidak sah.

"Berdasarkan penilaian keselamatan semasa oleh ESSCOM (Eastern Sabah Security Command), sektor perairan Kudat, Pulau Banggi dan Pulau Balambangan yang berhadapan dengan Pulau Balabac, Filipina dikenal pasti sebagai antara kawasan yang memerlukan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan.

"Ini berikutan kedudukan dan geografi, keluasan perairan serta kewujudan laluan laut yang berpotensi digunakan bagi kemasukan tanpa izin dan aktiviti jenayah rentas sempadan," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab usul yang dikemukakan Riduan Rubin (Bebas-Tenom) berhubung keperluan mendesak memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan maritim Sabah-Filipina, khususnya di perairan Balabac, Palawan serta mengekang kemasukan warga asing menerusi laluan tidak sah.

Shamsul Anuar berkata, berdasarkan statistik ESSCOM, bagi daerah Kudat tangkapan PATI meningkat 79.4 peratus kepada 122 orang pada 2025, berbanding 68 orang pada 2024.

Selain itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 pula merekodkan enam kes membabitkan 23 tangkapan pada 2025, berbanding empat kes pada tahun sebelumnya, manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencatatkan 30 kes membabitkan 91 tangkapan warga asing dari 2025 hingga September 2026.

"Statistik ini mencerminkan usaha penguatkuasaan berterusan, namun tidak boleh ditafsirkan secara langsung sebagai jumlah keseluruhan cubaan penceroboh atau trend ancaman sebenar memandangkan skop pelaporan setiap agensi berbeza-beza," katanya.

Shamsul Anuar berkata, usaha membanteras penyeludupan turut diperkukuh menerusi saluran diplomatik dan kerjasama dua hala termasuk Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Filipina Ke-9 di Manila pada Ogos serta platform Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) bersama dengan Indonesia dan Filipina.

"Kerjasama ini penting supaya usaha memperkukuh bukan sekadar tertumpu pada penahanan individu di sempadan tetapi turut menyasarkan rangkaian sindiket yang mengatur kegiatan terbabit," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow23:00
Latest 23:03 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 22:01 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    22:01

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.