
KBS terbuka bawa latihan TVET kepada belia Matang Guntung
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terbuka meneliti keperluan membawa latihan kemahiran lebih dekat kepada belia di Matang Guntung, Teluk Intan, Perak termasuk melalui kerjasama dengan agensi tempatan dan penggunaan kemudahan sedia ada yang bersesuaian sebagai lokasi latihan. (Kosmo!, 12:15)
Read the reporting
1 report
KBS terbuka bawa latihan TVET kepada belia Matang Guntung
KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terbuka meneliti keperluan membawa latihan kemahiran lebih dekat kepada belia di Matang Guntung, Teluk Intan, Perak termasuk melalui kerjasama dengan agensi tempatan dan penggunaan kemudahan sedia ada yang bersesuaian sebagai lokasi latihan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol berkata, pendekatan itu mengambil kira faktor jarak, pengangkutan dan kos sara hidup yang boleh menjadi antara kekangan kepada belia di kawasan luar bandar untuk mengikuti latihan kemahiran di institusi yang terletak jauh dari tempat tinggal mereka.
Beliau berkata, latihan tertentu boleh dilaksanakan lebih dekat dengan komuniti tanpa memerlukan belia mengikuti latihan kemahiran sepenuh masa di kampus Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
“KBS melalui ILKBS melaksanakan program latihan jangka pendek secara fizikal dan dalam talian sebagai pendekatan untuk memperluaskan akses latihan kemahiran kepada komuniti setempat.
“Pelaksanaan kursus ini boleh disesuaikan mengikut keperluan kumpulan sasaran dan setempat dengan memanfaatkan kepakaran pengajar, peralatan dan kemudahan yang bersesuaian,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Jamaluddin Yahya (PN-Pasir Salak) mengenai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan diperluaskan kepada belia di Matang Guntung.
Dalam pada itu, Mordi memaklumkan latihan TVET sepenuh masa yang memerlukan penggunaan bengkel, mesin dan peralatan khusus perlu dilaksanakan di ILKBS yang dilengkapi kemudahan berkaitan.
“Bagi memudahkan akses belia yang tinggal jauh dari institusi latihan, kementerian menyediakan kemudahan asrama di 21 ILKBS di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan kira-kira 10,000 pelajar.
“Kemudahan itu membantu mengurangkan kekangan perjalanan harian serta menyokong penyertaan belia, termasuk dari kawasan luar bandar, dalam program latihan kemahiran secara lebih teratur,” katanya.
Katanya, bagi belia di Matang Guntung, IKBN Seri Iskandar merupakan antara institusi di bawah KBS yang boleh dimanfaatkan untuk mengikuti latihan kemahiran mengikut bidang dan program yang ditawarkan.
“IKBN Seri Iskandar menawarkan kursus sepenuh masa dalam tiga bidang teknologi utama, iaitu teknologi elektrik, elektronik dan teknologi maklumat.
“Bagi tempoh 2023 hingga 2025, institut itu berjaya melatih seramai 711 graduan dengan kadar kebolehpasaran sebanyak 96.20 peratus pada 2025, manakala purata gaji graduan direkodkan sebanyak RM1,911.41 sebulan,” katanya.
Selain kursus sepenuh masa, IKBN Seri Iskandar turut menawarkan latihan jangka pendek menerusi program Future Youth Skills, Kursus Akaun Amanah Latihan Khas ILKBS dan Program TVETPreneur.
Program berkenaan melibatkan seramai 424 belia sepanjang 2023 hingga 2025.
“Sementara itu, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah melaksanakan 26 webinar berkaitan keusahawanan belia dalam tempoh sama yang memberi manfaat kepada 3,290 belia.
“Kementerian komited untuk terus memperluas akses belia tihan kemahiran TVET menerusi pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan setempat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post KBS terbuka bawa latihan TVET kepada belia Matang Guntung appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.