Malaysian Attention Engine
Live wire
46World : Morocco Forms New Government Under First Ever Female Prime Minister45PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang45Bellingham kekal bersama Real Madrid hingga 203140World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School36General : Fatal Accident Involving JPJ Vehicle And Two Lorries Near Senawang To Be Thoroughly Investigated - Loke35Djokovic returns to Basel in ATP Finals bid35General : JPN Urges Public To Stop Spreading Misleading Narratives About 2023 Video34Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM3312 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat33Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia31Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB31Sesi sulung jurucakap baharu White House, lebih banyak puji Trump, kurang jawab soalan wartawan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Keberanian dan ilmu perlu seiring jika mahu misi berjaya

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 07:04 MYTLatest activity 17 Oct, 07:04BMconfidence 60%

What happened

Keberanian dan ilmu perlu seiring jika mahu misi berjaya (Harian Metro, 07:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·4 min read

Keberanian dan ilmu perlu seiring jika mahu misi berjaya

By Suharmin Yusuf · 17 Oct, 07:04 MYT

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Bermula dari sebuah bilik kecil yang hanya mampu memuatkan tiga orang, usaha Aqmal Ariff Azizan, 29, untuk membimbing masyarakat membaca al-Quran bukanlah mudah, apatah lagi apabila dia turut berdepan pelbagai cabaran termasuk gegantung promosi kelas mengaji yang dipasang sering hilang.

Lebih mencabar, usaha itu pada awalnya tidak mendapat sokongan keluarga yang mahu dia memilih kerjaya lebih terjamin, termasuk menyertai sektor kerajaan.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada empat beradik itu tetap dengan pilihannya untuk meneruskan usaha berkenaan menerusi Asim Learn, walaupun terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri dan bermula dengan kemudahan serba sederhana.

"Pada awalnya, keluarga menolak kerana ibu dan ayah saya juga berniaga. Mereka tahu perniagaan ada masa naik dan turun. Ibu mahu saya bekerja dalam kerajaan, misalnya sebagai pegawai agama.

"Saya pula berkeras untuk meneruskan perniagaan dan menunjukkan perancangan satu demi satu. Ketika itu, usaha saya dipandang rendah kerana ada yang merasakan perniagaan itu tidak akan pergi jauh," katanya. Berbekalkan latar belakang pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat, Aqmal mahu menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk membantu masyarakat memperbaiki bacaan al-Quran, terutama mereka yang memerlukan bimbingan secara praktikal.

Selepas tamat pengajian, dia mendapati peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan agak terhad, sekali gus mendorongnya mencari jalan untuk memanfaatkan kemahiran dimiliki sambil membina sumber pendapatan sendiri.

"Saya mahu menggunakan apa yang saya pelajari dan berkongsi ilmu itu dengan masyarakat. Pada masa sama, saya perlu memikirkan masa depan dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan.

"Saya nampak ramai yang mahu belajar al-Quran, tetapi mungkin tidak ramai pengajar yang mempunyai kelayakan dan mampu mengajar secara praktikal," katanya.

Pada awalnya, Aqmal menyewa sebuah bilik kecil di tingkat atas rumah kedai di Bandar Baru Bangi yang hanya mampu memuatkan tiga orang sebelum mengembangkan ruang itu kepada tiga bilik dan akhirnya menyewa keseluruhan premis berkenaan.

Namun, menguruskan kelas bukan sekadar memerlukan ilmu al-Quran, malah dia perlu belajar tentang pemasaran dan pengurusan perniagaan.

Ketika baru memulakan usaha itu pada 2019, Aqmal terpaksa melakukan sendiri kerja promosi selepas tamat mengajar termasuk menunggang motosikal untuk memasang kain rentang dan mengedarkan risalah.

"Saya tidak tahu bagaimana hendak mengiklankan kelas ketika itu. Jadi, saya gunakan cara tradisional dengan memasang kain rentang dan mengedarkan risalah.

"Selepas habis kelas, saya akan menaiki motosikal untuk memasang kain rentang di tiang. Ada kalanya, keesokan hari kain rentang itu sudah dicabut atau hilang.

"Antara kejadian yang sukar saya lupakan adalah apabila gegantung (banner) besar yang saya pasang menjelang Aidiladha hilang tidak lama selepas saya meninggalkan lokasi untuk membeli air sebentar," katanya.

Walaupun berdepan pelbagai kesukaran, Aqmal terus mengusahakan kelas berkenaan sehingga membuka cawangan kedua selepas jemaah di masjid tempatnya bertugas sebagai imam meminta kelas mengaji turut diadakan berhampiran mereka.

Bagaimanapun, katanya, pandemik COVID-19 memberi kesan kepada perniagaannya apabila satu daripada dua cawangan terpaksa ditutup sebelum dia kemudian beralih kepada kelas dalam talian menggunakan platform percuma.

Di luar jangkaan, katanya, pendekatan itu membuka peluang untuk menjangkau lebih ramai pelajar, malah jumlah peserta kelas dalam talian pernah mencecah ribuan orang ketika pandemik.

"Ketika itu, guru kami tidak ramai. Saya sendiri perlu mengajar dan menguruskan kelas dari pagi hingga tengah malam, dengan masa untuk berehat, solat dan makan sahaja.

"Saya pernah mengendalikan kelas asas al-Quran dalam talian yang mempunyai sehingga 250 orang dalam satu sesi," katanya.

Pengalaman itu turut mendorong Aqmal memikirkan kaedah untuk mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuka terlalu banyak cawangan fizikal, terutama apabila kelas mengaji memerlukan pendekatan pengajaran secara langsung dan praktikal.

Katanya, dia kemudian membangunkan bahan pembelajaran dalam bentuk kad imbas (flashcard) yang membolehkan pelajar membuat ulang kaji dengan lebih mudah, termasuk golongan dewasa dan warga emas yang tidak begitu selesa menggunakan buku elektronik.

Menurutnya, bahan pembelajaran itu dirangka supaya mudah difahami dan boleh dibawa ke mana-mana, sekali gus membantu mereka mempelajari tajwid tanpa terlalu terbeban dengan istilah hukum yang rumit.

"Bagi orang yang bekerja, kadang kala mereka tidak mempunyai masa untuk menghafal semua nama hukum tajwid. Bagi golongan berusia pula, ada yang sudah tidak larat untuk menghafalnya.

"Sebab itu, kami membangunkan bahan pembelajaran yang lebih praktikal dan sesuai untuk orang awam," katanya.

Usaha itu membuahkan hasil apabila produk pembelajaran tajwidnya mula mendapat sambutan selepas dipasarkan secara dalam talian dan berjaya memperoleh jualan mencecah jutaan ringgit dalam tempoh kira-kira tiga bulan pertama.

Kini, syarikatnya turut mengendalikan kelas fizikal di dua cawangan, selain menawarkan pembelajaran dalam talian dan membangunkan produk pendidikan al-Quran untuk pelbagai peringkat umur.

Menurut Aqmal, antara selebriti yang pernah mengikuti kelas al-Quran kendaliannya termasuk Nabil Ahmad, Neelofa dan Diana Danielle, manakala komuniti pembelajaran al-Quran yang diusahakannya kini mencecah kira-kira 10,000 orang sejak ia bermula pada 2019.

Mengimbas tentangan keluarga pada awal perniagaan, Aqmal berkata, penerimaan mereka berubah apabila melihat perkembangan usaha itu serta peluang yang berjaya dibina dari semasa ke semasa.

"Alhamdulillah, apabila satu demi satu peluang datang dan kami memperoleh hasil yang positif, keluarga mula melihat usaha ini dengan cara berbeza," katanya.

Beliau turut menasihatkan golongan muda yang mahu menceburi bidang perniagaan supaya melengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman, selain tidak membiarkan ketakutan menghalang mereka daripada memulakan langkah pertama.

"Keberanian perlu seiring dengan ilmu. Kalau pengetahuan kita tidak mencukupi, kita akan penat, membuang masa dan mengalami kerugian," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow08:0009:00
Latest 09:04 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
17 Oct, 07:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Keberanian dan ilmu perlu seiring jika mahu misi berjaya · Malaysian Attention Engine