Malaysian Attention Engine
Live wire
58Jerebu: Syarikat terlibat ‘slash and burn’ perlu dikenakan tindakan – Syed Saddiq50Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok48Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie45Pelajar MRSM ikuti latihan di Media Prima45Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow44Syed Saddiq urges Asean pressure, financial squeeze on firms linked to haze44MRSM Bintang Media adalah 'game changer' bantu tingkatkan kualiti pelajar - Dr Asyraf Wajdi43Alam Flora Worker Harassed In Viral Video Holds Valid Passport, Work Permit43Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda42Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS42Jangan terima tawaran bawa barang ke luar negara, elak dijerat sindiket - Mohd Shuhaily41Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Kelantan minta segera lantik kontraktor baiki Jalan Gua Musang-KB

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:15 MYTLatest activity 13 Oct, 15:15BMconfidence 60%

What happened

GUA MUSANG: Kerajaan Kelantan meminta kelulusan pelantikan kontraktor baharu bagi projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C dapat disegerakan bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur berkenaan tidak terus tertangguh. (Berita Harian, 15:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Kelantan minta segera lantik kontraktor baiki Jalan Gua Musang-KB

By Paya Linda Yahya · 13 Oct, 15:15 MYT

GUA MUSANG: Kerajaan Kelantan meminta kelulusan pelantikan kontraktor baharu bagi projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C dapat disegerakan bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur berkenaan tidak terus tertangguh.

Pengerusi Jawantankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin, berkata laluan FT08 Jalan Gua Musang-Kota Bharu yang terjejas akibat runtuhan pembetung, Sabtu lalu adalah sebahagian komponen utama projek LTU di bawah seliaan Unit Projek Khas Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan.

Katanya, projek berkenaan sebelum ini mengalami beberapa siri kelewatan akibat masalah pelaksanaan oleh kontraktor lama sehingga membawa kepada penamatan kontrak mereka.

"Saya dimaklumkan JKR sudah menyelesaikan seluruh proses penilaian bagi melantik kontraktor baharu dan kini dokumen berkenaan hanya menunggu kelulusan rasmi daripada Kementerian Kewangan (MOF) serta Menteri Kewangan.

"Kelulusan segera amat diperlukan bagi membolehkan kerja pembinaan semula dan penyiapan LTU Pakej 3B dan 3C diteruskan demi kemudahan serta kesejahteraan rakyat Kelantan.

"Kita amat berharap kelulusan ini dapat diberikan segera agar kerja pembinaan semula dan penyiapan laluan LTU Pakej 3B dan 3C tidak terhalang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu Izani bersama Ketua Jajahan Gua Musang, Datuk Roshdi Ismail melawat kawasan lubang benam terbabit semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Jambatan Bailey bernilai RM364,000 akan dibina secepat mungkin di laluan terbabit bagi memulihkan perhubungan susulan insiden runtuhan jalan itu.

Katanya, hasil pemeriksaan forensik JKR mendapati runtuhan berpunca kerosakan pembetung lama.

"JKR mengambil langkah awal dengan menutup laluan berisiko demi keselamatan pengguna, selain menyediakan laluan alternatif melalui FT2747 Jalan Pulai-Bandar Baru Gua Musang untuk semua kenderaan, termasuk kenderaan berat.

"Bagi memulihkan laluan utama ini, JKR Persekutuan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM364,000 untuk membina Jambatan Bailey yang mempunyai spesifikasi lebih lebar serta panjang kira-kira 42 meter," katanya.

Beliau berkata, kerja pemasangan jambatan sementara itu dijangka mengambil masa maksimum sekitar dua minggu sebelum laluan berkenaan dapat dipulihkan semula.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:00
Latest 17:06 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 15:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kelantan minta segera lantik kontraktor baiki Jalan Gua Musang-KB · Malaysian Attention Engine