Malaysian Attention Engine
Live wire
59Pegawai kerajaan maut ditikam suami51Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat51Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia48Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara48General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid41General : Helicopter Crash: Sarawak Contributes RM00,000 To Victims' Families41Jerebu: KJ tuntut kerajaan tegas dengan Indonesia41Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202540Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu40JPJ Negeri Sembilan berduka, Mohd. Azrul ‘pergi’ ketika bertugas40N Sembilan assembly delay raises questions of ‘one-man show’ govt, DAP rep says40World : AFC President Says Asian Cup Could Be Postponed To 2028
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Kerajaan belum cadang laksana EPR wajibkan pengeluar, pengimport kenderaan EV tanggung kos lupus bateri

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 14:17 MYTLatest activity 16 Oct, 14:17BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum menetapkan cadangan mewajibkan mekanisme Extended Producer Responsibility (EPR) dilaksanakan ke atas pengeluar dan pengimport kenderaan elektrik (EV) untuk mengambil semula serta menanggung kos pengurusan bateri selepas tamat hayat. (Scoop, 14:17)

Read the reporting

1 report
Photo: Scoop
Scoop·News·BM·2 min read

Kerajaan belum cadang laksana EPR wajibkan pengeluar, pengimport kenderaan EV tanggung kos lupus bateri

By Wartawan Scoop · 16 Oct, 14:17 MYT

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum menetapkan cadangan mewajibkan mekanisme Extended Producer Responsibility (EPR) dilaksanakan ke atas pengeluar dan pengimport kenderaan elektrik (EV) untuk mengambil semula serta menanggung kos pengurusan bateri selepas tamat hayat.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam jawapan bertulis menerusi laman web Parlimen berkata, ini kerana pelaksanaannya memerlukan penelitian lanjut dari aspek perundangan, tanggungjawab pengeluar dan pengimport serta mekanisme pembiayaan di samping penyelarasan dasar antara kementerian itu dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pada masa ini, kata NRES, bateri EV yang menjadi buangan terjadual dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, khususnya kod SW103.

Katanya, penjana buangan bertanggungjawab memastikan bateri tersebut dikendalikan, disimpan dan dihantar ke premis yang dibenarkan mengikut keperluan perundangan.

“Sehingga 4 Mac lalu, terdapat tujuh fasiliti pemerolehan kembali luar tapak bagi buangan terjadual kod SW103 yang beroperasi di Kedah, Selangor, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Kemudahan ini menyokong aktiviti pemerolehan kembali bahan bernilai daripada bateri terpakai, termasuk litium, nikel dan kobalt.

“Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS), sejumlah 13,743.15 tan metrik buangan bateri di bawah kod SW103 telah dijana di seluruh negara bagi tempoh 2021 hingga 2025.

“Bagaimanapun, buat masa ini jumlah tersebut merangkumi buangan bateri yang dikelaskan di bawah kod berkenaan dan tidak terhad kepada bateri kenderaan EV sahaja,’’ katanya.

NRES menjawab soalan Mohd Nazri Abu Hassan (PN - Merbok) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang mewujudkan prinsip EPR yang mewajibkan pengeluar dan pengimport kenderaan EV mengambil semula serta menanggung kos pelupusan bateri selepas tamat hayatnya.

Mengulas lanjut, NRES berkata, pengesahan lanjut terhadap rekod pengurusan buangan terjadual diperlukan bagi mengenal pasti jumlah khusus bateri EV yang telah dilupuskan atau dikitar semula bagi tempoh 2021 hingga 2026.

Menurut NRES, ia sentiasa menyokong pembangunan industri automotif negara yang mampan, dengan memastikan kemajuan teknologi dan pertumbuhan ekonomi bergerak seiring dengan pemeliharaan alam sekitar.

“Matlamat akhir adalah untuk memastikan kemajuan teknologi yang dinikmati pada hari ini tidak menjadi beban alam sekitar yang terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang.

“Justeru, komitmen dan tanggungjawab bersama semua pihak amat penting bagi merealisasikan pembangunan industri EV yang benar-benar lestari,’’ katanya. - 16 Oktober, 2026

.

The post Kerajaan belum cadang laksana EPR wajibkan pengeluar, pengimport kenderaan EV tanggung kos lupus bateri appeared first on Scoop .

As published in Scoop’s feed.Read at Scoop

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow15:00
Latest 15:34 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Scoop) source

Where it started

Scoop (News)
16 Oct, 14:17 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News
    Scoop
    14:17

Internet reaction

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No established news outlet has reported this yet; details come from social or community posts
  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.