
Ketiadaan kesedaran punca utama lambakan kereta buruk terbiar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Ketiadaan kesedaran punca utama lambakan kereta buruk terbiar
suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Masalah kenderaan usang dan tersadai dijangka terus bertambah jika tiada kesedaran dalam kalangan pemilik serta sistem pelupusan yang lebih jelas dan mudah dilaksanakan.
Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, kajian dilakukannya selama tiga tahun sejak 2022 mendapati masih ramai anggota masyarakat tidak mengetahui perkara yang perlu dilakukan terhadap kenderaan yang sudah tidak boleh digunakan.
Katanya, keadaan itu menyebabkan kenderaan lama dibiarkan di tepi jalan, belakang rumah dan kawasan permainan sebelum akhirnya menjadi masalah kepada persekitaran.
"Kajian kita menunjukkan pengetahuan orang ramai masih rendah mengenai apa yang perlu dilakukan apabila kereta sudah tidak boleh digunakan.
"Ramai tidak tahu apa yang perlu dibuat lalu membiarkan kereta di tepi jalan, belakang rumah atau taman permainan. Akhirnya keadaan itu boleh menjadi punca penyakit, pembiakan nyamuk dan pelbagai masalah lain," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, kenderaan yang dibiarkan terlalu lama juga berpotensi menyebabkan pencemaran berikutan bahan kimia daripada enjin dan komponen kenderaan.
Rozmi berkata, pemilik sepatutnya mengetahui proses pelupusan kenderaan termasuk membuat pembatalan pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya, berdasarkan pemerhatian terhadap trend berkenaan, jumlah kenderaan tersadai juga dilihat semakin meningkat.
"Masalah ini semakin lama semakin teruk. Kita boleh lihat kenderaan seperti ini ada di mana-mana.
"Boleh dikatakan setiap lorong di kawasan perumahan mempunyai sekurang-kurangnya lima atau enam kenderaan terbiar. Itu baru satu taman.
"Ramai yang masih sayang untuk melupuskannya. Kalau seorang ada dua kereta dan tidak dilupuskan, jumlah kenderaan terbiar akan terus bertambah.
"Kalau sebelum ini tujuh juta (2022), saya rasa mungkin akan meningkat kepada lebih 10 juta kenderaan terbiar," katanya.
Mengulas lanjut, Rozmi berkata, anggaran lebih 10 juta itu adalah pandangannya berdasarkan jumlah yang pernah dianggarkan pada 2022 dan keadaan kenderaan lama masih tidak dilupuskan.
Katanya, isu berkenaan turut berkait dengan keupayaan pusat rawatan kenderaan berautoriti (AATF) untuk menguruskan jumlah kenderaan yang perlu dilupuskan.
Beliau berkata, pemilik yang masih mahu menggunakan kenderaan lama sepatutnya membaiki atau mengubah suai kenderaan itu di bengkel supaya selamat digunakan.
"Masalahnya kenderaan itu dibiarkan di tepi jalan kerana pemilik tidak mempunyai cukup wang untuk membaiki atau mengubah suai yang memerlukan kos tinggi.
"Kalau memang tidak boleh digunakan lagi, batalkan pendaftaran dan lupuskan kenderaan itu. Cepat selesaikan masalah," katanya.
Dalam perkembangan sama, katanya, penyelesaian jangka panjang memerlukan satu sistem dan peraturan yang jelas bagi memastikan kenderaan yang sudah terlalu lama atau tidak lagi selamat digunakan dapat dilupuskan secara teratur.
Katanya, kajian berkaitan kenderaan tamat tempoh hayat (ELV) yang dijalankan selama tiga tahun bermula 2022 hingga 2025 itu turut mengemukakan langkah yang perlu diambil pihak berkaitan.
"Kita sudah bentangkan hasil kajian itu kepada kementerian dan merangka peraturan atau langkah yang perlu diambil pihak berkaitan," katanya.
Beliau berkata, undang-undang yang jelas diperlukan bukan untuk menyusahkan pemilik kenderaan, sebaliknya memudahkan proses pelupusan kenderaan yang sudah tidak lagi digunakan.
Katanya, penyelesaian isu berkenaan memerlukan kesedaran masyarakat selain tindakan kerajaan untuk memastikan perkara itu ditangani dengan lebih berkesan.
Hari ini muka depan Harian Metro melaporkan deretan kereta buruk dibiarkan berbulan-bulan, malah bertahun di tepi jalan dan kawasan perumahan bukan hanya mencacatkan pemandangan, malah menjadi masalah berpanjangan kepada penduduk serta menuntut tindakan tegas pihak berkuasa tempatan (PBT).
Di sebalik kenderaan ditinggalkan tanpa pengawasan itu, tiga PBT di Lembah Klang merekodkan keseluruhan 27,117 kenderaan tersadai berdasarkan rekod bagi tempoh berbeza sejak 2021 hingga Ogos lalu.
Jumlah itu membabitkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 12,290 kenderaan, diikuti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak 11,001 aduan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebanyak 3,826 kenderaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.