Malaysian Attention Engine
Live wire
50Putrajaya mulls longer jail terms, higher fines for rail cable theft to protect public safety, says Loke49Hijjaz 3 Dekad Nostalgia nasyid, iringan Orkestra Simfoni Istana Budaya47General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow425 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri40Bersatu rep gets show-cause notice for attending Umno AGM38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36190 foreigners held in Pudu entertainment centre raid early today36Business : Zetrix AI Given Until Oct 22 To Remedy Sukuk Breach Or Face Payment Default35Negara ASEAN perlu ambil langkah kolektif atasi jerebu rentas sempadan - MMA35Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa aktiviti luar - Nancy35General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid34Bapa kritikal di ICU, Kmy Kmo mohon doa orang ramai
NewConfirmedupdated 1 h ago

KL City disekat FIFA kerana tuntutan 'bunga'

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 11:19 MYTLatest activity 17 Oct, 11:30BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Bukan tunggakan gaji, sebaliknya tuntutan bayaran faedah atau bunga dipercayai menjadi punca Kuala Lumpur City FC (KL City) kembali dikenakan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). (Berita Harian, 11:19)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

KL City disekat FIFA kerana tuntutan 'bunga'

By Firdaus Hashim · 17 Oct, 11:19 MYT

KUALA LUMPUR: Bukan tunggakan gaji, sebaliknya tuntutan bayaran faedah atau bunga dipercayai menjadi punca Kuala Lumpur City FC (KL City) kembali dikenakan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sumber dalaman kelab yang boleh dipercayai mengesahkan tunggakan gaji bekas penyerang import dari Filipina, Patrick Reichelt sudah dilangsaikan, namun tuntutan terbaharu membabitkan bayaran faedah yang masih perlu dijelaskan.

"Tunggakan gaji kita dah langsaikan, tapi yang dia tuntut kali ini adalah 'interest'," kata sumber berkenaan.

Perkembangan itu memberi gambaran berbeza terhadap isu sekatan yang kembali membelenggu The City Boys selepas nama kelab berkenaan dikesan dalam pangkalan data sekatan perpindahan FIFA sejak 15 Oktober lalu.

Sumber sama turut memaklumkan bahawa pihak kelab akan menyemak semula tarikh FIFA mengeluarkan arahan berkenaan serta tarikh sebenar sekatan itu mula berkuat kuasa.

"Takkan keluar surat terus ban, mesti ada 'time frame' untuk bayar," katanya.

Bagaimanapun, butiran lanjut berhubung jumlah faedah yang dituntut, tempoh pembayaran yang diberikan FIFA serta status penyelesaian tuntutan itu masih belum dapat dipastikan.

Sekatan berkenaan pastinya menimbulkan persoalan terhadap perancangan pengendali KL City, Datuk Dollah Salleh, terutama menjelang jendela perpindahan pemain Januari depan.

Sekiranya tuntutan berkenaan tidak diselesaikan mengikut ketetapan FIFA, kelab itu berdepan risiko tidak dapat mendaftarkan pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan pada pertengahan musim.

Apa yang menarik perhatian, KL City sebelum ini sudah menyelesaikan isu sekatan perpindahan yang menghalang mereka mendaftarkan pemain bagi permulaan musim 2026/27.

Ketika itu, Pengerusi KL City, Syed Yazid Syed Omar dilaporkan membuat pembayaran berjumlah RM1.1 juta bagi melangsaikan tunggakan gaji lama yang membelenggu kelab berkenaan.

Penyelesaian itu membolehkan KL City mendaftarkan beberapa pemain baharu, termasuk Syafiq Ahmad, Hazwan Bakri dan Gary Steven Robbat untuk menghadapi kempen musim ini.

Justeru, kemunculan semula nama KL City dalam senarai sekatan FIFA menimbulkan persoalan sama ada tuntutan faedah berkenaan menjadi halangan baharu yang perlu diselesaikan selepas tunggakan asal dilunaskan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow12:00
Latest 12:09 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 11:19 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:19

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

KL City disekat FIFA kerana 'bunga', bukan tunggakan gaji
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.