
Korea Selatan buka pangkalan transformasi AI pertama tentera
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Seoul: Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Isnin membuka pangkalan transformasi kecerdasan buatan (AI) fizikal pertama tentera bagi meningkatkan keupayaan penggunaan teknologi berkenaan, lapor Yonhap News Agency. (Harian Metro, 15:03)
Read the reporting
1 report
Korea Selatan buka pangkalan transformasi AI pertama tentera
Seoul: Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Isnin membuka pangkalan transformasi kecerdasan buatan (AI) fizikal pertama tentera bagi meningkatkan keupayaan penggunaan teknologi berkenaan, lapor Yonhap News Agency.
Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan, majlis pembukaan pangkalan transformasi AI (AX) pertama Tentera Darat itu berlangsung di Pangyo, selatan Seoul.
Menurut kementerian itu, kira-kira 150 kakitangan menghadiri majlis itu termasuk pegawai daripada kementerian sains dan industri.
Pangkalan AX itu akan mengumpul data AI fizikal dan menggunakan model AI untuk melatih robot humanoid serta robot berkaki banyak.
Difahamkan, usaha itu bertujuan mewujudkan hab pertahanan AI fizikal terbaik di dunia.
Menurut media sama, model AI yang dilatih itu akan membantu mengangkut barangan ke kawasan berbahaya, menjalankan operasi pelupusan bahan letupan dan mengalihkan periuk api darat.
Penggunaan teknologi sekali gus meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan pendedahan anggota tentera kepada bahaya.
Dalam pada itu, kementerian itu juga merancang mempercepatkan inovasi pertahanan berasaskan AI dengan menghubungkan teknologi AI sektor swasta dengan keperluan ketenteraan.
Di bawah rancangan itu, setiap cabang ketenteraan dan Ketua Turus Bersama (JCS) akan menubuhkan lima pangkalan AX di seluruh negara, termasuk pangkalan JCS di daerah Yongsan, Seoul.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.