
KPT pantau kebolehpasaran graduan sehingga tiga tahun tamat pengajian
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai sistem pemantauan bagi menilai status pekerjaan dan kebolehpasaran graduan sehingga tiga tahun selepas mereka menamatkan pengajian. (Utusan Malaysia, 19:16)
Read the reporting
1 report
KPT pantau kebolehpasaran graduan sehingga tiga tahun tamat pengajian
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai sistem pemantauan bagi menilai status pekerjaan dan kebolehpasaran graduan sehingga tiga tahun selepas mereka menamatkan pengajian.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, pemantauan berkenaan dilaksanakan menerusi sistem MyMOHES yang telah dibangunkan oleh kementerian bagi mengikuti perkembangan graduan selepas meninggalkan institusi pendidikan tinggi (IPT).
Menurutnya, sistem itu membolehkan kementerian menyemak kedudukan graduan, termasuk status pekerjaan serta perkembangan mereka dalam tempoh tiga tahun selepas tamat pengajian.
“Kita sebenarnya sudah mempunyai sistem di peringkat KPT untuk melihat dan memantau kebolehpasaran serta pekerjaan graduan dalam tempoh tiga tahun.
“Jadi, kita dapat melihat perkembangan mereka kerana sistem itu telah pun dibangunkan oleh KPT,” katanya pada sidang akhbar sempena program International Young Future Leaders Summit (iFUTURE) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mencadangkan Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan indikator khusus bagi mengukur peratusan graduan yang memperoleh pekerjaan dengan gaji bermaruah, dengan mengambil kira kelayakan, jenis pekerjaan dan kos kehidupan semasa.
Beliau turut mencadangkan pendapatan graduan dipantau selepas 12, 24 dan 36 bulan tamat pengajian bagi menilai perkembangan gaji serta mobiliti kerjaya mereka.
Tambah Zambry, kementerian sememangnya mempunyai mekanisme untuk mengikuti perkembangan graduan selepas tamat pengajian, khususnya dari aspek kebolehpasaran dan pekerjaan mereka.
Katanya, menerusi sistem sedia ada itu, kementerian sentiasa membuat semakan bagi mengetahui keberadaan graduan dan sejauh mana perkembangan yang dicapai selepas memasuki alam pekerjaan.
“Pemantauan tersebut membolehkan KPT memperoleh maklumat mengenai perkembangan graduan dalam tempoh tiga tahun selepas mereka meninggalkan IPT,” katanya.- UTUSAN
The post KPT pantau kebolehpasaran graduan sehingga tiga tahun tamat pengajian appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.