Malaysian Attention Engine
Live wire
54Bayi antara 2 maut kemalangan 4 kenderaan di Gua Musang51General : Syed Saddiq, Bella Astillah Officially Wed47Sport : MotoGP: KBS Banks On F1 Momentum To Attract 200,000 Spectators44General : Ahmad Zahid To Begin Five-Day Working Visit To China Tomorrow44Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM36Abbas postpones Palestinian legislative elections to September 202735Lapan orang utan terselamat, dilepas ke hutan perlindungan35Tiada laporan pembatalan penerbangan jemaah umrah - PAPUH34Hantaran kahwin KWSP RM100,000 boleh jadi RM392,000 dalam 28 tahun34UIAM, FRIM hasilkan buku Braille pokok hutan terancam3425 residents left homeless after fire destroys three longhouse units in Ulu Tinjar, Baram
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Kualiti produk tempatan setanding peringkat antarabangsa – Mierul Aiman

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 18:00 MYTLatest activity 11 Oct, 18:00BMconfidence 60%

What happened

PUTRAJAYA – Pelakon Mierul Aiman menyokong gerakan kempen membeli barang buatan Malaysia sepertimana yang sedang tular dalam media sosial ketika ini. (Kosmo!, 18:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

Kualiti produk tempatan setanding peringkat antarabangsa – Mierul Aiman

By HELMI ANUAR · 11 Oct, 18:00 MYT

PUTRAJAYA – Pelakon Mierul Aiman menyokong gerakan kempen membeli barang buatan Malaysia sepertimana yang sedang tular dalam media sosial ketika ini.

Menurut Mierul atau nama lengkapnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, produk keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk antarabangsa dan dia sendiri merupakan pengguna produk buatan tempatan.

“Kualiti produk tempatan dengan antarabangsa kini sudah setanding. Saya sendiri kini banyak menggunakan produk tempatan.

“Saya suka melihat bila ramai yang mula membuka mata dan menyokong produk tempatan terutamanya daripada golongan muda.

“Saya harap industri yang membabitkan pengeluaran produk tempatan semakin berkembang dan maju,” katanya ketika ditemui pada majlis Meet & Greet Mierul Aiman x Dr. Cardin, di sini baru-baru ini.

Tambah calon Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia ke-35 itu lagi, rakyat Malaysia tidak seharusnya berasa malu memakai produk buatan tempatan.

“Saya sendiri jatuh cinta dengan produk tempatan. Seperti baru-baru ini saya terlibat dengan satu projek bersama jenama Dr. Cardin. Kami pergi ke Dabong, Kelantan untuk melakukan aktiviti lasak di sana dan dirakamkan menjadi sebuah dokumentari.

“Sepanjang dua hari di sana, saya pakai kasut dan beg daripada jenama ini dan saya boleh katakan kualitinya sangat bagus. Walaupun saya lakukan pelbagai aktiviti lasak seperti masuk air terjun, panjat bukit dan meredah gua, tetapi barang yang saya pakai masih okey,” kongsinya.

Terdahulu netizen tempatan giat berkempen untuk menggunakan dan membeli produk buatan Malaysia susulan ketegangan yang berlaku di antara netizen Malaysia dan Indonesia.

Lebih menghangatkan keadaan apabila sebuah jenama dari Indonesia dilihat mempersendakan Malaysia dalam salah satu hantaran dalam akaun rasmi media sosial mereka.

Susulan itu, netizen membuat gerakan untuk memboikot jenama tersebut dan mula memperkasakan jenama tempatan. – KOSMO! ONLINE

The post Kualiti produk tempatan setanding peringkat antarabangsa – Mierul Aiman appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow19:00
Latest 19:54 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 18:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    18:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kualiti produk tempatan setanding peringkat antarabangsa – Mierul Aiman · Malaysian Attention Engine