Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Kuasai AI, teknologi baharu tanpa gadai iman, akhlak - Anwar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:30 MYTLatest activity 9 Oct, 09:30BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu, namun tidak boleh mengorbankan iman, akhlak serta jati diri dalam mengejar perubahan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penguasaan teknologi seperti AI, pendigitalan dan pengkomputeran kuantum adalah satu kemestian bagi umat Islam supaya tidak terus ketinggalan dalam perkembangan ilmu dan teknologi.Bagaimanapun beliau menegaskan, penguasaan teknologi itu perlu berakar kepada nilai agama dan akhlak, bukannya sekadar meniru atau mengambil sepenuhnya pendekatan negara lain."AI itu sendiri, apaka (Sinar Harian, 09:30)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Kuasai AI, teknologi baharu tanpa gadai iman, akhlak - Anwar

By HAMIZAH BASIR · 9 Oct, 09:30 MYT

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu, namun tidak boleh mengorbankan iman, akhlak serta jati diri dalam mengejar perubahan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penguasaan teknologi seperti AI, pendigitalan dan pengkomputeran kuantum adalah satu kemestian bagi umat Islam supaya tidak terus ketinggalan dalam perkembangan ilmu dan teknologi.Bagaimanapun beliau menegaskan, penguasaan teknologi itu perlu berakar kepada nilai agama dan akhlak, bukannya sekadar meniru atau mengambil sepenuhnya pendekatan negara lain."AI itu sendiri, apakah perlu kita kuasai? Jawab saya, satu kemestian. Umat yang meninggalkan AI sebagai ilmu dan pengetahuan baharu, akan tercorot."Kemajuan dalam bidang teknologi termasuk AI perlu diseimbangkan dengan pegangan agama agar perubahan yang dicapai tidak menyebabkan umat Islam kehilangan asas akidah dan akhlak."Jangan kerana menambahkan perubahan, menginginkan ilmu baharu, kita tinggalkan akidah, akhlak dan sahsiah kita," katanya ketika berucap pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-66, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Selasa.Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Dalam pada itu Anwar menegaskan, masyarakat Islam juga tidak boleh lari daripada semangat membawa kebaikan dan rahmat, di samping sentiasa kembali kepada asas ajaran al-Quran serta pengajian yang mendalam.Beliau turut berkongsi pesanan tokoh ulama antarabangsa, termasuk mantan Mufti Mesir yang berkunjung ke Malaydia baru-baru ini, menerusi anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)."Ulama berkenaan mengingatkan supaya umat Islam kembali mendalami khazanah turath iaitu warisan keilmuan Islam yang terbilang sejak lebih 1,400 tahun lalu dan tidak sewenang-wenangnya mengetepikan legasi berkenaan demi mengejar pengaruh baharu."Ulama mengingatkan saya, jika membawa Islam yang betul, boleh berfikir cara baharu, boleh belajar AI lain, tetapi mesti terikat kepada landasan kekuatan turath, legasi dan khazanah kita supaya tidak lari daripada semangat itu."Tanam kefahaman yang lebih mendalam dan jangan izinkan tersebarnya pandangan yang mendorong kepada pantas menghukum tanpa berbekal kepada ilmu yang mendalam," ujarnya.Pada masa sama, Perdana Menteri menyeru agar dakwah dan penyebaran kefahaman Islam dilakukan berasaskan kasih sayang, rahmah, kebijaksanaan dan ilmu, bukannya sikap mudah menghukum.Beliau berkata, semangat rahmah juga penting dalam menangani perbezaan pandangan serta membina persefahaman dalam masyarakat."Jangan izinkan tersebarnya pandangan yang mendorong kepada pantas menghukum tanpa berbekal kepada ilmu yang mendalam," katanya.MTHQA tampil Pameran Seni Khat SeduniaSementara itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan, penganjuran MTHQA terus menjadi platform yang menghimpunkan qari, huffaz dan pencinta al-Quran dari seluruh dunia, sekali gus menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran merentas sempadan.Penganjuran itu menurutnya, turut menjadi sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun Ke-60 Darul Quran Jakim dengan inspirasi 'Nur al-Quran Darul Quran' sebagai identiti visual utama MTHQA."MTHQA pada tahun ini menghimpunkan 50 peserta terbaik dari 38 negara, dengan masing-masing 25 peserta bagi kategori Tilawah dan Hafazan al-Quran."Lebih istimewa, penganjuran kali ini turut memperluas pengalaman pengunjung melalui Pameran Seni Khat Sedunia (FAWATIH) yang julung kali diadakan, sekali gus mencipta satu lagi ruang baharu untuk masyarakat mendekati al-Quran melalui keindahan seni khat," katanya.Beliau menjelaskan, pameran berkenaan menghimpunkan 34 karya daripada 17 pempamer, termasuk dua mushaf al-Quran tulisan tangan.Menurutnya, pameran yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Karyawan Kaligrafi dan Jawi Malaysia (KALIMA) serta Persatuan Khat Kebangsaan (PSKK) itu memberi ruang kepada masyarakat menikmati seni khat."Pameran ini menghimpunkan karya yang memperlihatkan kepelbagaian gaya dan tradisi seni khat, khususnya yang mempunyai pengaruh Arab dan Turki, di samping menampilkan penggiat seni khat di Malaysia yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa," ujarnya.Selain pameran, pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi penghasilan seni khat secara langsung serta berinteraksi dengan penggiat khat.Orang ramai juga berpeluang menyertai bengkel bersama penulis khat antarabangsa yang merangkumi sesi tashih dan perkongsian ilmu.MTHQA berlangsung dari 6 Oktober hingga 10 Oktober membawa tema 'Madani Dihayati, Ummah Diberkati'.Malaysia diwakili oleh Mohamad Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali dan Nur Syakura Mohamad Musa bagi kategori Tilawah, manakala Muhammad Izzul Afnan Sazali serta Dina Hadfina Mohd Umarul Hisyam untuk kategori Hafazan.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:0011:00
Latest 11:02 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
9 Oct, 09:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.