Malaysian Attention Engine
Live wire
50Upah RM1,000 jadikan pelancong warga India keldai dadah50Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu45Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM45General : Former Unit Trust, PRS Consultant Charged With Dealing In Securities Without Licence42Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ39King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period37World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia3680 peratus pendeposit TH belum cukup simpanan minimum RM15,00036Cheng Hoe tak peduli pendapat 'orang luar'36Pengarah syarikat didakwa pecah amanah lebih RM101,00035Sekolah di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar ditangguh – JPNPP35Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan
NewUnconfirmedupdated 9 h ago

Pembangunan bakat perlu seiring pekerjaan, pendapatan rakyat - Ramanan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
13
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 18:52 MYTLatest activity 9 Oct, 04:00BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR - Pembangunan bakat negara perlu diterjemahkan kepada pekerjaan berkualiti dan pendapatan tinggi untuk rakyat, selaras dengan usaha memperkukuh ekonomi bernilai tinggi.Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri R Ramanan berkata, peningkatan kemahiran, produktiviti, pekerjaan dan pendapatan rakyat perlu bergerak bersama-sama.Beliau berkata, pembangunan bakat juga perlu bergerak seiring dengan hala tuju ekonomi negara, khususnya ketika teknologi, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terus mengubah pekerjaan serta kemahiran yang diperlukan."Kita tidak boleh bercak (Sinar Harian, 18:52)

Read the reporting

1 report
Photo: Astro Awani (BM)
Astro Awani (BM)·News·BM·2 min read

Pembangunan bakat perlu seiring hala tuju ekonomi negara - Ramanan

9 Oct, 04:00 MYT

KUALA LUMPUR: Pembangunan bakat perlu bergerak seiring dengan hala tuju ekonomi negara khususnya ketika teknologi kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terus mengubah landskap pekerjaan serta kemahiran yang diperlukan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata kerajaan boleh membawa masuk pelaburan dan teknologi serta membangunkan industri baharu, namun tanpa bakat berkemahiran, perkara itu boleh menimbulkan masalah.

“Kita perlu melihat lebih awal apakah pekerjaan yang akan berkembang, apakah kemahiran diperlukan dan bagaimana kita menyediakan rakyat Malaysia untuk merebut peluang itu,” katanya pada Majlis Perasmian Minggu MyBakat anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) di Connexion Conference & Event Centre (CCEC) di sini pada Khamis.

Beliau berkata perkembangan teknologi AI perlu seiring dengan usaha meningkatkan keupayaan tenaga kerja agar masyarakat tidak ketinggalan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

“Kalau kita biarkan AI melangkah ke depan, kita akan ketinggalan. Jadi, kita kena bergerak seiring dengan perkembangan AI.

“Meskipun AI memberi kesan kepada semua segmen sekali gus menyebabkan orang hilang pekerjaan, tetapi pada masa sama akan ada peluang pekerjaan baharu yang wujud daripada teknologi AI,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ramanan berkata TalentCorp dengan kerjasama Ernst & Young menyediakan 22,000 tempat secara percuma bagi latihan AI di seluruh negara menerusi Jelajah AI Mahir.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Platform Indeks Kesiapsiagaan Bakat Nasional (MyTRI) dan Program Inkubasi MyBakat (MyBIG), dua intervensi yang memperkukuh pendekatan TalentCorp dalam mengenal pasti tahap kesiapsiagaan dan jurang serta membangunkan bakat berdasarkan keperluan industri.

“MyTRI membantu kita mengenal pasti kesiapsiagaan dan jurang bakat manakala MyBIG pula membantu kita membangunkan bakat berdasarkan keperluan industri. Inilah ekosistem yang kita mahu bina,” katanya.

Ramanan berkata latihan kemahiran itu akan dibiayai TalentCorp dengan tempoh latihan bergantung kepada tahap kepakaran dan program yang lazimnya kurang daripada setahun.

Mengulas mengenai Belanjawan 2027, beliau berkata tumpuan kementerian adalah menerusi usaha peningkatan kemahiran dan kemahiran semula bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran.

Beliau berkata kemasukan banyak pelaburan luar ke Malaysia ketika ini mendorong kementerian itu memastikan peluang pekerjaan yang tersedia diberikan kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu dan bukannnya pekerja asing.

-- BERNAMA

Text and pictures from Astro Awani (BM), shown with attribution.Read at Astro Awani (BM)

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 19NEWnow08:0009:0010:0011:0012:0013:00
Latest 13:30 MYT
13New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
9 Oct, 04:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    04:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Astro Awani (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.