
Kumpulan bermotosikal ragut rantai cetus kegemparan di New York
Only social or community posts, or a single source.
What happened
New York: Kumpulan penjenayah bermotosikal termasuk anggota geng yang terdiri daripada pendatang tanpa izin mencetuskan ketakutan di bandar ini apabila meragut barang kemas bernilai ribuan dolar dari leher orang awam dan anggota polis, lapor New York Post. (Harian Metro, 11:39)
Read the reporting
1 report
Kumpulan bermotosikal ragut rantai cetus kegemparan di New York
New York: Kumpulan penjenayah bermotosikal termasuk anggota geng yang terdiri daripada pendatang tanpa izin mencetuskan ketakutan di bandar ini apabila meragut barang kemas bernilai ribuan dolar dari leher orang awam dan anggota polis, lapor New York Post.
Jabatan Polis New York (NYPD) merekodkan lebih 20 kes ragut rantai oleh penjenayah bermotosikal sejak September lalu dengan sekurang-kurangnya 10 daripadanya bertukar ganas.
Bagaimanapun, sumber polis mendakwa jumlah itu hanya sebahagian kecil daripada kejadian sebenar.
Kejadian paling mendapat perhatian apabila seorang detektif ditikam 10 kali selepas cuba melawan dua lelaki yang juga pendatang tanpa izin pada awal bulan ini.
Sembilan mangsa lain dilaporkan ditumbuk, ditikam atau dicampak ke tanah dalam kejadian rompakan yang berlaku dengan pantas itu.
Pegawai persekutuan berkata, dua individu yang dipercayai anggota geng Trinitarios dan menaiki skuter turut bertanggungjawab menembak seorang ejen peronda sempadan persekutuan yang tidak bertugas di sebuah taman di Manhattan pada 9 Julai 2025.
Operasi Salvo kemudian membawa kepada penahanan 54 anggota ahli kumpulan itu susulan kejadian tembakan terhadap pegawai berusia 42 tahun berkenaan di Taman Fort Washington.
Di New York, penjenayah sering dilihat mempunyai kelebihan apabila mereka yang ditahan boleh dibebaskan dalam tempoh singkat.
Menurut seorang pegawai polis, pihak berkuasa juga tidak menyerahkkan maklumaat kepada Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) bagi tindakan imigresen kerana New York mengamalkan dasar bandar perlindungan (sanctuary city).
"Kami tidak dibenarkan berurusan dengan ICE, jadi kami hanya menahan mereka. Hakim membebaskan mereka atas pengakuan sendiri kemudian mereka kembali melakukan jenayah sama," katanya.
Sistem berkenaan jelas kelihatan dalam kes Jorge Beltre, 30, yang diserang dua penjenayah berskuter ketika berjalan pulang bersama anak lelakinya berusia lima tahun di Claremont pada 8 Oktober lalu.
Walaupun ditikam di kaki, Beltre dengan bantuan lapan orang awam berjaya menahan seorang daripada penyerang berusia 17 tahun itu.
Remaja berkenaan didakwa atas kesalahan merompak dan memiliki senjata, namun dibebaskan dengan jaminan AS$900 (kira-kira RM3,600). Beltre berkata, kejadian itu turut menjejaskan emosi anaknya sehingga kanak-kanak itu meminta ibunya membekalkan kayu pemukul besbol untuk dibawa ke sekolah bagi melindungi dirinya.
Dalam kejadian lain pada 13 September, seorang lelaki berusia 54 tahun diheret penjenayah bermotosikal yang memecut selepas meragut rantai bernilai AS$2,700 (kira-kira RM11,000) manakala pada 28 September lalu, seorang lelaki berusia 60 tahun ditumbuk dan diacukan senjata api sebelum rantai bernilai AS$8,000 (kir-kira RM32,000) dilarikan.
Penjenayah bermotosikal itu turut berani menyasarkan anggota polis. Pada 10 Oktober lalu, seorang pegawai wanita berusia 25 tahun diragut rantai bernilai AS$800 (kira-kira RM3,260) di Brownsville. Lapan hari sebelum itu, Detektif Jose Mercedes, 33, ditikam ketika cuba menghalang penjenayah daripada meragut rantai lehernya.
D'Angelo Caraballo, 25, dan Sneider Mejia, 24, yang melarikan diri ke Boston kemudian ditahan untuk dibawa Kembali ke New York bagi menghadapi pertuduhan cubaan membunuh.
Pihak berkuasa berkata, kedua-duanya yang mempunyai rekod jenayah adalah warga Republik Dominika yang tinggal di AS tanpa dokumen imigresen yang sah.
Bekas detektif NYPD, Michael Alcazar mencadangkan supaya polis kembali mengamalkan teori 'tingkap pecah' iaitu mengambil tindakan terhadap kesalahan kecil bagi mencegah jenayah lebih serius selain menyarankan supaya unit pencegahan jenayah berpakaian awam yang dibubarkan pada 2020 dihidupkan semula bagi membanteras kegiatan berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.