Malaysian Attention Engine
Live wire
51PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang50Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji48‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’45Politics : Melaka Polls: PH Candidates Must Build Strong Campaign Machinery - Ramanan42General : Prisons Dept In Final Stage Of Drafting House Arrest Regulations – Saifuddin Nasution40Deaths confirmed after 'serious incident,' fire at Canada military base in Alberta40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah37General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre37General : MCMC Probes Threads Content Allegedly Insulting N. Sembilan Royal Institution36Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya35Rusuhan di Paris: 'Kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar'35PSM tak halang pemain beraksi di Thailand
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Lebih 300 pelajar perempuan jadi mangsa gambar bogel AI

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 14:55 MYTLatest activity 18 Oct, 14:55BMconfidence 60%

What happened

Lebih 300 pelajar perempuan jadi mangsa gambar bogel AI (Harian Metro, 14:55)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Lebih 300 pelajar perempuan jadi mangsa gambar bogel AI

By Ahmad Hasbi · 18 Oct, 14:55 MYT

am@hmetro.com.my

Seremban: Lebih 300 pelajar perempuan sekolah menengah di daerah ini dilaporkan menjadi mangsa suntingan gambar bogel menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Difahamkan, gambar mengaibkan mereka bukan sahaja disebarkan dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan malah didakwa turut dijual menggunakan platform aplikasi Telegram.

Peguam, Ng Kian Nam berkata, perkara itu dikesan pada Ogos lalu apabila seorang pelajar menemui satu telefon pintar tanpa kata laluan di dalam surau sekolah itu dan menemui gambar lucah berkenaan.

"Dalam kejadian 12 Ogos itu, pelajar tingkatan dua berkenaan kemudian menghantar gambar berkenaan ke Instagram kakaknya yang berusia 17 tahun.

"Gambar berkenaan adalah muka pelajar sekolah itu yang disunting tanpa pakaian menggunakan AI.

"Difahamkan pelajar ini meletakkan semula telefon berkenaan (di tempat asal) sebelum diambil guru disiplin sekolah," katanya ketika sidang media, hari ini.

Beliau berkata, pemilik telefon juga disahkan milik seorang pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.

"Susulan itu, lima laporan polis dibuat berhubung kejadian itu pada 20 Ogos lalu termasuk oleh ibu bapa pelajar yang menjumpai telefon berkenaan.

"Difahamkan, satu perjumpaan diadakan antara ibu bapa dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) dan mereka bersetuju untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

"Pada 15 September lalu, satu perjumpaan antara ibu bapa, wakil persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), LPS, pihak sekolah dan pegawai JPN diadakan.

"Dalam pertemuan ini, pihak sekolah mengaku dan mengesahkan terdapat lebih 300 mangsa yang terbabit dalam kes suntingan gambar bogel menggunakan AI itu," katanya.

Kian Nam berkata, pelajar lelaki berkenaan juga digantung sekolah dan pihak sekolah sudah mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan jabatan.

Bagaimanapun beliau berkata, semua ibu bapa tidak dimaklumkan mengenai status gambar anak mereka dan tidak diberitahu kejadian yang sebenarnya berlaku.

"Ibu bapa pelajar yang menjumpai telefon bimbit juga tidak berpuas hati apabila dua anak mereka diminta untuk tanda tangan satu surat akujanji supaya tidak mendedahkan kejadian itu sekiranya tidak mahu diambil tindakan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu surat dihantar kepada Balai Polis Jalan Champbell, di sini untuk menuntut satu siasatan yang lebih menyeluruh.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima lima laporan polis daripada ibu bapa berhubung penyebaran gambar wajah pelajar perempuan itu dari 20 hingga 23 Ogos lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:00
Latest 15:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 14:55 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    14:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.