
Lebuh raya perlu lebih banyak papan digital
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Lebuh raya perlu lebih banyak papan digital
MALAYSIA mempunyai rangkaian lebuh raya bertol yang panjang dan bertaraf antarabangsa. Keadaan ini turut mendapat pujian warga asing dan pelancong yang menggunakan kemudahan lebuh raya serta pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT), Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) manakala Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal melengkapkan lagi rangkaian tersebut.
Namun, kesesakan luar biasa di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada 1 September lalu, wajar dijadikan pengajaran.
Kesesakan sepanjang kira-kira 35 kilometer (km) dari Plaza Tol Bentong hingga Plaza Tol Gombak menyebabkan sesetengah pengguna mengambil masa sehingga 10 jam. Kejadian berpunca daripada kemalangan selepas Terowong Genting Sempah menghala ke Kuala Lumpur.
Pihak konsesi KLK bertindak menutup terowong arah Kuala Lumpur dan melencongkan kenderaan ke Jalan Lama Gombak-Bentong. Tindakan awal itu wajar, namun pengurusan lebuh raya masih boleh dipertingkatkan supaya pengguna mendapat maklumat lebih cepat.
Pertama, papan maklumat elektronik perlu ditambah di lokasi strategik, sekurang-kurangnya satu kilometer sebelum plaza tol masuk atau jalan keluar. Maklumat terkini mengenai kemalangan, kesesakan atau penutupan laluan membolehkan pengguna membuat keputusan sama ada meneruskan perjalanan, keluar di plaza tol terdekat atau menggunakan jalan alternatif.
Kedua, skrin televisyen yang memaparkan maklumat lebuh raya selama 24 jam wajar disediakan di setiap kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah. Maklumat perlu tepat serta terkini, termasuk lokasi dan kilometer kejadian, supaya pengguna boleh memilih sama ada meneruskan perjalanan, berehat lebih lama atau menggunakan laluan lain.
Ketiga, papan elektronik dan skrin berkenaan perlu berfungsi sepanjang masa dengan kakitangan bertugas 24 jam, sama ada di bawah konsesi atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) secara berpusat.
Keempat, pihak konsesi tidak seharusnya melihat tindakan pengguna keluar melalui plaza tol terdekat sebagai semata-mata kehilangan kutipan. Keselesaan dan keselamatan pengguna perlu turut diberi perhatian.
Walaupun maklumat lebuh raya tersedia melalui aplikasi LLM, namun paparan elektronik secara langsung wajar diperkasakan, terutama di lebuh raya bertol yang menghubungkan bandar dan negeri seperti Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) , KLK, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2.
TEROPONG DO RE MI
Setapak,
Kuala Lumpur
The post Lebuh raya perlu lebih banyak papan digital appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.