Malaysian Attention Engine
Live wire
53Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis50General : MCMC Looks Into Confusing Viral Information On Budget 202747Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok45Lelaki Rohingya direman 7 hari kes jumpa 2 guni tulang manusia45Pemohon pelarian masuk Malaysia sebelum UNHCR buat keputusan45General : MyDigital ID Not Powered By Third-party Blockchain Technology41General : Just Leadership Key To Ummah's Continuity - Perlis Raja Muda38Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM36Kedah police: Motorcycle theft allegation believed to have led to teen’s torture death36SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG35Indonesia tidak akan isytihar kebakaran hutan sebagai bencana nasional buat masa ini35Stop making excuses and apologise for haze, Johor Pakatan tells Indonesia
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Mahasiswa jangan terlalu bergantung pada AI

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 09:00 MYTLatest activity 13 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Mahasiswa jangan terlalu bergantung pada AI

By Meja Rencana · 13 Oct, 09:00 MYT

MUSIM mahasiswa menjejak kaki ke menara gading kembali lagi. Pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) membuka pintu kepada mahasiswa baharu yang hadir bersama impian dan harapan.

Selain ibu bapa, keluarga serta sahabat, mahasiswa turut ditemani perkembangan teknologi yang semakin pesat.

Ilmu tanpa amal bagai pohon tidak berbuah. Begitu juga kejayaan akademik yang tidak lahir melalui jalan pintas, sebaliknya menuntut kesungguhan, kesabaran dan usaha berterusan.

Dalam suasana ini, kecerdasan buatan ( AI ) seperti ChatGPT, Gemini dan Claude semakin dekat dengan kehidupan mahasiswa. Dalam beberapa saat, teknologi ini mampu membantu meringkaskan jurnal, menjana idea, menyemak tatabahasa dan menerangkan sesuatu konsep.

Namun, kemudahan itu ibarat pisau bermata dua.

Jika digunakan dengan betul, AI boleh menjadi pemangkin pembelajaran. Mahasiswa yang buntu memilih tajuk projek, misalnya, boleh menggunakan AI untuk mendapatkan cadangan awal sebelum membaca, berbincang dengan penyelia dan menentukan fokus kajian.

Mereka yang lemah dalam statistik pula boleh meminta penerangan mudah serta latihan tambahan.

Dalam pendidikan teknik dan vokasional, AI turut membantu menyelesaikan ralat pengaturcaraan, merancang kerja amali dan memahami situasi industri. Namun, AI bukan sumber yang maksum. Jawapan yang kelihatan meyakinkan boleh mengandungi fakta, statistik, nama pengarang atau rujukan yang sebenarnya tidak wujud.

Bahaya lebih besar berlaku apabila mahasiswa sendiri mula berhalusinasi, iaitu menyangka dirinya memahami sesuatu hanya kerana mampu menghasilkan tugasan yang kemas. Jika seluruh proses berfikir diserahkan kepada mesin, ilmu tidak benar-benar berkembang.

Majikan bukan sekadar melihat kebolehan menghasilkan tulisan tetapi menilai keupayaan berfikir kritis, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

Justeru, pelajar perlu menjadikan AI sebagai rakan berbincang, bukan penulis upahan. Pensyarah pula boleh membina penilaian yang menuntut pemikiran asli melalui refleksi, analisis, pembentangan dan kerja amali.

Sementara penasihat akademik perlu membantu mengesan kebergantungan berlebihan, manakala ibu bapa terus memupuk nilai usaha, kesabaran dan kejujuran.

AI tidak menentukan masa depan mahasiswa. Cara mereka menggunakannya yang menjadi penentu. Di tangan yang berfikir, AI menjadi obor ilmu. Sebaliknya, tanpa pertimbangan, teknologi yang sama boleh menjadi bayang-bayang yang menyesatkan. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MD. ASRUL NASID MASROM

Dekan,

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

The post Mahasiswa jangan terlalu bergantung pada AI appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Mahasiswa jangan terlalu bergantung pada AI
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.