Malaysian Attention Engine
Live wire
53Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis50General : MCMC Looks Into Confusing Viral Information On Budget 202747Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok45Lelaki Rohingya direman 7 hari kes jumpa 2 guni tulang manusia45Pemohon pelarian masuk Malaysia sebelum UNHCR buat keputusan45General : MyDigital ID Not Powered By Third-party Blockchain Technology41General : Just Leadership Key To Ummah's Continuity - Perlis Raja Muda38Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM36Kedah police: Motorcycle theft allegation believed to have led to teen’s torture death36SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG35Indonesia tidak akan isytihar kebakaran hutan sebagai bencana nasional buat masa ini35Stop making excuses and apologise for haze, Johor Pakatan tells Indonesia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Makna mendalam rumah di Palestin - tempat keluarga bina kenangan, pelihara maruah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 09:23 MYTLatest activity 13 Oct, 09:23BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Rumah bukan sekadar struktur fizikal, sebaliknya tempat sesebuah keluarga membina kenangan, memelihara maruah serta berasa selamat, sesuatu realiti yang membawa makna lebih mendalam bagi rakyat Palestin ketika berdepan kemusnahan dan perpindahan besar-besaran di Semenanjung Gaza. (Berita Harian, 09:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Makna mendalam rumah di Palestin - tempat keluarga bina kenangan, pelihara maruah

By BERNAMA · 13 Oct, 09:23 MYT

KUALA LUMPUR: Rumah bukan sekadar struktur fizikal, sebaliknya tempat sesebuah keluarga membina kenangan, memelihara maruah serta berasa selamat, sesuatu realiti yang membawa makna lebih mendalam bagi rakyat Palestin ketika berdepan kemusnahan dan perpindahan besar-besaran di Semenanjung Gaza.

Pegawai Palestin, Suffiea Ibrahim, berkata skala kemusnahan di Semenanjung Gaza belum pernah berlaku sebelum ini, dengan lebih 200,000 bangunan mengalami kerosakan, mewakili kira-kira 82 peratus daripada keseluruhan bangunan di wilayah itu.

Memetik penilaian Pusat Satelit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSAT), Pengarah Jabatan Perangkaan Perumahan dan Keadaan Perumahan itu berkata kerosakan berkenaan berlaku antara 7 Oktober 2023 hingga 16 Jun 2026.

Ketika bersiaran secara langsung dari Palestin menerusi program Palestine Beyond the Headlines terbitan Bernama, baru-baru ini, beliau berkata, statistik perumahan sebenarnya mencerminkan kehidupan keluarga yang terjejas akibat konflik berkenaan.

"Apabila kita bercakap mengenai statistik perumahan, sebenarnya kita sedang membicarakan mengenai keluarga.

"Justeru hari ini, sebagai seorang pakar statistik, saya ingin berkongsi beberapa angka, namun kita perlu ingat bahawa di sebalik setiap angka itu ada sebuah keluarga.

"Menyentuh mengenai skala kemusnahan di Semenanjung Gaza, ia sebenarnya sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam program itu yang bertema 'Housing in a Time of Destruction and Displacement'.

Suffiea berkata, kira-kira 328,626 unit kediaman mengalami kerosakan, dengan setiap angka itu mewakili keluarga yang kehidupannya terjejas.

"Angka ini amat besar dan di sebalik setiap unit kediaman yang rosak itu, tersimpan kisah kehidupan manusia.

"Rumah bukan sekadar struktur fizikal. Ia adalah tempat sesebuah keluarga menetap, anak-anak membesar dan manusia membina perasaan selamat serta kestabilan dalam kehidupan.

"Oleh itu, apabila kita menyentuh mengenai lebih 328,000 unit kediaman rosak, kita sebenarnya turut membicarakan kemusnahan besar terhadap kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat," katanya.

Sempena Hari Habitat Sedunia, beliau berkata, tema tahun ini 'Adequate Housing for All' mengetengahkan isu perumahan pada peringkat global dengan kira-kira dua bilion penduduk dunia masih tidak mempunyai akses kepada tempat tinggal yang mencukupi.

"Namun di Palestin, perkataan 'perumahan' membawa makna amat mendalam.

"Bagi kami, rumah bukan sekadar dinding dan bumbung. Ia tempat ibu menyediakan sarapan, anak-anak menyiapkan kerja sekolah, datuk dan nenek bercerita, serta tempat sesebuah keluarga menyimpan kenangan dan memelihara maruah mereka," katanya.

Palestine Beyond the Headlines merupakan inisiatif mingguan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama Kedutaan Besar Palestin di Malaysia bagi mengetengahkan suara dan kisah kehidupan rakyat Palestin.

Suffiea turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan serta keprihatinan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, solidariti Malaysia amat bermakna kepada keluarga Palestin yang sering bimbang penderitaan mereka tidak lagi mendapat perhatian dunia.

"Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin, dan saya mahu anda tahu bahawa solidariti ini benar-benar dirasai di sini.

"Ia amat bermakna kepada keluarga yang sering bimbang dunia sudah tidak lagi mempedulikan nasib mereka," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 09:44 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 09:23 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.