Malaysian Attention Engine
Live wire
50Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202747Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46Jerebu rentas sempadan: ISWAMI Malaysia gesa tindakan segera, menyeluruh44Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar43Business : KLIA To Conduct Full-scale Emergency Exercise On Wednesday – MAHB43Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara42General : Special Financial Aid For Taxi And Rental Car Drivers To Be Distributed In Phases Starting Wednesday - Loke42Sindiket scam menyamar jadi polis India, ‘kebas’ RM1.4 juta40Loke announces Khazanah to restore KL Railway Station and KTMB HQ, hopes to see end of asset sale claims40AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say39Budget 2027 'sweeteners' won't determine voters' choice - Hamzah38Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewConfirmedupdated 2 h ago

Malaysia bawa isu, mekanisme tangani jerebu ke peringkat Menteri Luar ASEAN bulan depan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
23
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 16:48 MYTLatest activity 12 Oct, 16:49BMconfidence 80%

What happened

SEPANG: Malaysia akan membawa isu jerebu rentas sempadan ke mesyuarat peringkat Menteri Luar ASEAN sebelum Sidang Kemuncak ke-49 blok itu di Manila, Filipina, bulan depan bagi membincangkan mekanisme serantau yang lebih berkesan menangani masalah terbabit. (Berita Harian, 16:48)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Malaysia bawa isu, mekanisme tangani jerebu ke peringkat Menteri Luar ASEAN bulan depan

By BERNAMA · 12 Oct, 16:48 MYT

SEPANG: Malaysia akan membawa isu jerebu rentas sempadan ke mesyuarat peringkat Menteri Luar ASEAN sebelum Sidang Kemuncak ke-49 blok itu di Manila, Filipina, bulan depan bagi membincangkan mekanisme serantau yang lebih berkesan menangani masalah terbabit.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata isu jerebu perlu diberi perhatian khusus memandangkan ia tidak termasuk dalam mekanisme ASEAN sedia ada berkaitan bencana alam.

"Kita memang ada mekanisme (dalam) ASEAN berkenaan dengan bencana alam tapi jerebu tidak termasuk (diklasifikasikan) sebagai bencana alam.

"Jadi memang ia menjadi satu daripada isu yang saya sendiri akan bawa dalam mesyuarat dengan rakan sejawat saya," katanya kepada media selepas menghadiri keberangkatan pulang Raja Jordan Raja Abdullah II, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamad berkata, beliau menghubungi rakan sejawat dari Indonesia, Arrmanatha Nasir, untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung usaha memadamkan kebakaran di negara itu.

Beliau berkata, Arrmanatha memaklumkan keadaan penglihatan yang amat buruk di kawasan terjejas menyukarkan operasi penerbangan bagi memadamkan kebakaran.

"Mereka (Indonesia) ada 34 kapal terbang dan 34 helikopter tapi tidak boleh naik (berlepas) kerana keadaan penglihatan yang begitu buruk, tidak selamat bagi apa-apa juga penerbangan di kawasan terbabit.

"Tetapi mereka telah pun mengerahkan 60,000 orang untuk bekerja di lapangan," katanya sambil menambah negara itu turut berdepan cabaran kerana lokasi kebakaran terletak jauh di pedalaman, selain masalah bekalan air dan api yang masih membara di kawasan tanah gambut.

Mohamad berkata, usaha pembenihan awan juga dilaporkan tidak dapat dilakukan di Indonesia buat masa ini berikutan ketiadaan awan kumulonimbus yang sesuai.

Beliau berkata, Malaysia mengiktiraf bahawa kerajaan Indonesia sedang berusaha sedaya upaya untuk memadamkan kebakaran dan bersimpati dengan keadaan yang melanda negara itu.

Namun, katanya, Malaysia berharap langkah lebih berkesan dapat diambil negara jiran itu kerana situasi terkini memudaratkan rakyat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow17:0018:0019:00
Latest 19:08 MYT
23New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 16:48 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:48

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Malaysia bawa isu, mekanisme tangani jerebu ke peringkat Menteri Luar ASEAN bulan depan · Malaysian Attention Engine