
Malaysia raih manfaat perubahan rantaian bekalan global - Gamble
Only social or community posts, or a single source.
What happened
GEORGE TOWN: Malaysia adalah antara negara yang meraih manfaat daripada perubahan rantaian bekalan susulan pelbagai gangguan global termasuk tarif, peperangan dan gangguan bekalan minyak, dengan keuntungan syarikat serta pembelian daripada pembekal tempatan semakin meningkat, kata Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, David Gamble. (Berita Harian, 02:38)
Read the reporting
1 report
Malaysia raih manfaat perubahan rantaian bekalan global - Gamble
GEORGE TOWN: Malaysia adalah antara negara yang meraih manfaat daripada perubahan rantaian bekalan susulan pelbagai gangguan global termasuk tarif, peperangan dan gangguan bekalan minyak, dengan keuntungan syarikat serta pembelian daripada pembekal tempatan semakin meningkat, kata Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, David Gamble.
Beliau berkata, hubungan Malaysia-AS yang semakin kukuh, berlandaskan lebih 50 tahun sejarah dan kepercayaan bersama, telah mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan serta menyokong kesinambungan pelaburan di negara ini.
"Keadaan sedang berubah, namun keuntungan syarikat di Malaysia terus meningkat, manakala 94 peratus syarikat AS di sini sama ada mengekalkan pelaburan sedia ada atau menambah pelaburan mereka.
"Ini hanya dapat berlaku hasil lebih 50 tahun sejarah bersama dan kepercayaan Amerika terhadap keupayaan syarikat serta rakyat Malaysia mengurus dan memanfaatkan teknologi yang dipindahkan kepada mereka," katanya pada sidang media sempena AMCHAM Penang Dialogue 2026, di sini, hari ini.
Gamble berkata, Pulau Pinang kekal sebagai pusat utama kerjasama teknologi tinggi antara Malaysia dan AS, khususnya dalam bidang pembuatan termaju dan peranti perubatan.
"Industri peranti perubatan berkembang pesat dan Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam sektor ini, memandangkan negeri itu menghasilkan 50 peratus perentak jantung yang dibekalkan kepada AS," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AMCHAM, Datuk Siobhan Das, berkata asas kepercayaan yang dibina antara kedua-dua negara selama 50 tahun kekal menjadi kelebihan penting dalam menarik lebih banyak pelaburan.
Beliau berkata, peningkatan minat syarikat AS untuk melabur atau mengembangkan operasi di Malaysia perlu disokong oleh infrastruktur yang mencukupi, peraturan yang jelas serta bekalan tenaga kerja berkemahiran yang kukuh.
Siobhan berkata, syarikat Amerika di Malaysia membayar pekerja secara purata 2.2 kali ganda berbanding kadar gaji tempatan, selain menyediakan peluang pembangunan kerjaya dalam ekosistem syarikat multinasional.
"Kami menyediakan platform untuk membantu pihak berkaitan memahami keperluan sebenar perniagaan, selain menyediakan ruang untuk berdialog, menyuarakan kebimbangan dan mengambil tindakan bagi menanganinya.
"Itulah asasnya, dan keputusan yang dibuat sekarang oleh kerajaan, syarikat serta pihak berkepentingan akan menentukan sama ada kepercayaan ini dapat dikekalkan untuk 50 tahun akan datang. Banyak syarikat kini menunjukkan minat yang lebih besar untuk melabur di Malaysia," katanya. - BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian02:38
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.