Malaysian Attention Engine
Live wire
51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS44Pemilik rumah sewa jadi mangsa pelombongan Bitcoin berdepan tuntutan TNB ratusan ribu ringgit36Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel36General : Watsons Malaysia's 888th Branch Enters MBOR As Largest Health And Beauty Retail Store35Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun35Over 1,800kg of invasive fish hauled from Ampang Hilir Lake Park35Keluarga 3 rakyat Malaysia mangsa banjir Nepal terima bantuan 'one off' RM6,50035General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products34Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau34Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram34TDM semak semula SOP susulan kes anggota ditahan bersama pistol, peluru34‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Malaysia sasar peranan lebih besar dalam Penyelesaian pertikaian maritim global - Ketua Hakim Negara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 17:41 MYTLatest activity 17 Oct, 17:41BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kedudukan strategik Malaysia di antara Selat Melaka, satu daripada laluan perkapalan tersibuk di dunia, dan Laut China Selatan mengukuhkan peranannya dalam menyelesaikan pertikaian perdagangan serta maritim antarabangsa, kata Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh. (Berita Harian, 17:41)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Malaysia sasar peranan lebih besar dalam Penyelesaian pertikaian maritim global - Ketua Hakim Negara

By BERNAMA · 17 Oct, 17:41 MYT

KUALA LUMPUR: Kedudukan strategik Malaysia di antara Selat Melaka, satu daripada laluan perkapalan tersibuk di dunia, dan Laut China Selatan mengukuhkan peranannya dalam menyelesaikan pertikaian perdagangan serta maritim antarabangsa, kata Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Beliau berkata Malaysia sudah lama memiliki Mahkamah Maritim, dan dengan penubuhan Bahagian Perdagangan Antarabangsa dan Maritim (ICAD), kes maritim dan perdagangan antarabangsa kini dikendalikan di bawah satu bahagian yang khusus.

Pada 2 Mac lalu, ICAD ditubuhkan di Mahkamah Tinggi di sini yang dijangka mampu meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Kuala Lumpur sebagai hab serantau untuk perniagaan dan penyelesaian pertikaian.

Wan Ahmad Farid berkata kelewatan walaupun hanya beberapa hari dalam kes admiralti yang mendesak boleh membawa kesan komersial ketara terutamanya apabila pertikaian itu melibatkan kapal, kargo dan pihak dari beberapa bidang kuasa sekali gus menekankan kepentingan mengambil tindakan segera dalam menangani kes admiralti.

"Permohonan untuk menahan atau melepaskan kapal, penyediaan jaminan serta perkara mendesak lain memerlukan perhatian segera, dan kelewatan walaupun hanya beberapa hari boleh membawa kesan komersial yang ketara," katanya dalam ucaptama di Persidangan ICAD 2026 pertama di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini hari ini.

Beliau berkata pertikaian maritim sememangnya bersifat antarabangsa dan sering melibatkan kapal yang didaftarkan di sesebuah negara namun dimiliki oleh syarikat di negara lain, dibiayai oleh bank di negara ketiga serta membawa kargo milik pihak-pihak dari beberapa bidang kuasa.

"Sebuah kapal mungkin didaftarkan di satu negara, dimiliki oleh syarikat di negara lain, dibiayai oleh bank di negara ketiga, disewa oleh entiti di negara keempat dan membawa kargo milik pihak-pihak di beberapa lagi negara.

'Pertikaian admiralti sememangnya bersifat antarabangsa dan melibatkan penahanan kapal, pertikaian sewa, tuntutan kargo, keselamatan maritim serta timbang tara.

"Perdagangan yang melalui kawasan perairan ini menimbulkan pertikaian mengenai kargo, kontrak sewa kapal, kewangan, insurans, tenaga dan infrastruktur,' katanya.

Wan Ahmad Farid juga berkata faktor geografi sahaja tidak mencukupi kerana peranan ICAD adalah untuk menukar kelebihan itu kepada kelebihan dalam bidang kuasa supaya pertikaian seperti ini dapat diselesaikan berhampiran lokasi perniagaan dijalankan, oleh hakim yang memahami konteks komersial dan maritimnya.

Beliau berkata sebuah forum utama bagi penyelesaian pertikaian dibina atas dasar kepercayaan, yang tidak boleh dibeli atau diwujudkan dalam sekelip mata sebaliknya perlu diperoleh serta dipupuk dari semasa ke semasa.

"Ia diperoleh apabila pelabur asing yakin bahawa jika mereka membawa pertikaian ke Malaysia, mereka akan mendapat keadilan tanpa mengira kewarganegaraan, berlandaskan pemahaman yang mendalam tentang logik komersial dan bebas sepenuhnya.

"Jalan raya dan pelabuhan membawa barangan. Kepastian serta kepercayaan membawa keyakinan, dan keyakinan membawa modal.

"Justeru, marilah kita membina infrastruktur secara terancang, melindunginya dengan teliti dan menawarkannya kepada dunia dengan penuh integriti," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:0019:00
Latest 19:17 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 17:41 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:41

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Malaysia sasar peranan lebih besar dalam Penyelesaian pertikaian maritim global - Ketua Hakim Negara · Malaysian Attention Engine