Malaysian Attention Engine
Live wire
51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS51Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel36General : Watsons Malaysia's 888th Branch Enters MBOR As Largest Health And Beauty Retail Store36Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun36Over 1,800kg of invasive fish hauled from Ampang Hilir Lake Park35Keluarga 3 rakyat Malaysia mangsa banjir Nepal terima bantuan 'one off' RM6,50035General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products35Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau35Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram35TDM semak semula SOP susulan kes anggota ditahan bersama pistol, peluru35‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’32'Rakyat berhak dapat penjelasan' - AMK persoal kemampuan UMNO-BN kekalkan kestabilan Negeri Sembilan
NewConfirmedupdated 2 h ago

Malaysia sasar tingkat pengeluaran koko tempatan, elak bergantung import - Noraini

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
23
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 16:51 MYTLatest activity 17 Oct, 17:06BMconfidence 80%

What happened

MELAKA: Malaysia berdepan cabaran memperkukuh industri koko tempatan apabila sebahagian besar bekalan untuk memenuhi keperluan industri pemprosesan negara bergantung kepada import. (Berita Harian, 17:06)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Malaysia sasar tingkat pengeluaran koko tempatan, elak bergantung import - Noraini

By Amir Mamat · 17 Oct, 17:06 MYT

MELAKA: Malaysia berdepan cabaran memperkukuh industri koko tempatan apabila sebahagian besar bekalan untuk memenuhi keperluan industri pemprosesan negara bergantung kepada import.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keadaan itu perlu ditangani menerusi usaha meningkatkan pengeluaran koko tempatan, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan industri berkenaan.

Beliau berkata, walaupun industri pemprosesan koko Malaysia terus berkembang dan menyumbang nilai eksport besar, pengeluaran tempatan perlu dipertingkat bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan luar negara.

"Justeru, kementerian mahu memperkukuh keseluruhan industri koko, bermula daripada pekebun yang menanam sehinggalah kepada usahawan yang menghasilkan produk untuk pasaran tempatan dan antarabangsa," katanya ketika merasmikan A Malaysian Cocoa Affair 2026 anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) di sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Noraini berkata, nilai eksport biji koko dan produk berasaskan koko Malaysia meningkat daripada RM15.06 bilion pada 2024 kepada RM18.33 bilion tahun lalu, sekali gus membuktikan potensi besar industri itu untuk terus berkembang.

Bagaimanapun, katanya pertumbuhan industri pemprosesan perlu diseimbangkan dengan peningkatan pengeluaran biji koko tempatan supaya pekebun turut menikmati manfaat daripada perkembangan sektor berkenaan.

Sehubungan itu, kementerian memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengeluaran koko tempatan dan pendapatan pekebun kecil menerusi penanaman secara berkelompok, pemulihan kebun kurang produktif serta bantuan bahan tanaman daripada klon koko berkualiti tinggi.

"Kita tidak mahu industri berkembang di peringkat pemprosesan sahaja, sedangkan pekebun tempatan tidak mendapat manfaat sewajarnya," katanya.

Selain meningkatkan pengeluaran, kementerian memperkukuh Sistem Kebolehkesanan Koko Kebangsaan bagi memastikan asal usul biji koko dapat dikenal pasti dan pergerakannya direkodkan dari kebun hingga ke peringkat pemprosesan.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan produk koko Malaysia memenuhi keperluan pasaran antarabangsa, termasuk Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR).

"Dalam usaha meningkatkan nilai tambah industri, lebih RM40 juta disediakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menyokong pembangunan produk koko bernilai tinggi menggunakan teknologi moden, termasuk penghasilan coklat premium menerusi kaedah `bean-to-bar'.

"Malaysia bukan sahaja mahu dikenali sebagai negara pemproses koko, malah berhasrat melahirkan lebih banyak jenama coklat tempatan yang mampu menembusi pasaran antarabangsa," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi industri koko, termasuk dalam bidang pembuatan coklat, reka bentuk produk, pemasaran, penyelidikan dan keusahawanan, bagi memperkukuh masa depan sektor berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:0019:00
Latest 19:17 MYT
23New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 17:06 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:06

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Malaysia sasar tingkat pengeluaran koko tempatan, elak bergantung import - Noraini · Malaysian Attention Engine