Mangsa buli siber cenderung mengadu kepada rakan - Pakar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ALOR SETAR – Mangsa buli siber terutamanya remaja lebih cenderung berkongsi masalah dengan rakan sebaya berbanding keluarga kerana bimbang dimarahi, dipersalahkan atau telefon dirampas.Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata, rakan dianggap lebih memahami dunia digital, bahasa dan budaya media sosial yang dekat dengan kehidupan mereka.Menurutnya, mangsa juga mungkin bimbang penggunaan media sosial disekat jika pengalaman tersebut diketahui ibu bapa atau orang dewasa."Mangsa mungkin malu dan takut orang dewasa menganggap (Sinar Harian, 08:30)
Read the reporting
1 reportMangsa buli siber cenderung mengadu kepada rakan - Pakar
ALOR SETAR – Mangsa buli siber terutamanya remaja lebih cenderung berkongsi masalah dengan rakan sebaya berbanding keluarga kerana bimbang dimarahi, dipersalahkan atau telefon dirampas.Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata, rakan dianggap lebih memahami dunia digital, bahasa dan budaya media sosial yang dekat dengan kehidupan mereka.Menurutnya, mangsa juga mungkin bimbang penggunaan media sosial disekat jika pengalaman tersebut diketahui ibu bapa atau orang dewasa."Mangsa mungkin malu dan takut orang dewasa menganggap isu itu remeh. Sebab itu, rakan sering menjadi individu pertama yang mengetahui keadaan mereka," katanya kepada Sinar Harian.Beliau memberitahu, tindakan mangsa berkongsi pengalaman dengan rakan sebenarnya menunjukkan mereka sedang mencari sokongan, maka ia tidak patut dipandang ringan.Jelasnya, rakan yang menerima pendedahan itu perlu berperanan sebagai penyokong dan bukannya menjadi pembalas kepada mangsa."Rakan perlu mendengar tanpa menghakimi dan yakinkan mangsa bahawa dia tidak perlu menghadapi situasi itu seorang diri."Jangan membalas pembuli dengan membuat hantaran balas, menyebarkan tangkap layar kepada kumpulan lain atau mengajak rakan-rakan menyerang pembuli kerana tindakan itu boleh membesarkan konflik," ujarnya.Fauziah berkata, rakan disaran membantu mangsa menyimpan bukti seperti tangkap layar, nama akaun, mesej dan tarikh kejadian selain menggunakan fungsi ‘block’ serta ‘report’ pada platform media sosial.Tambah beliau, galakkan mangsa mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai seperti ibu bapa, guru atau kaunselor sekolah."Jika terdapat ugutan keselamatan, ancaman seksual, penyebaran gambar peribadi atau mangsa menunjukkan tanda mahu mencederakan diri, perkara itu tidak boleh disimpan sebagai rahsia antara rakan dan orang dewasa perlu dimaklumkan segera," katanya lagi.Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi dan Fakulti Perniagaan Universiti Malaysia Perlis, Dr Nur Salimah Alias berkata, rakan sebaya boleh menjadi sebahagian daripada sistem sokongan awal kepada mangsa buli siber.Menurutnya, reaksi rakan terhadap pendedahan mangsa boleh menentukan sama ada mereka berasa selamat untuk mendapatkan bantuan atau memilih untuk terus berdiam diri."Rakan bukan penyelesai masalah atau penyiasat, tetapi mereka boleh membantu mangsa mendapatkan sokongan yang betul tanpa membuat keadaan menjadi lebih buruk," katanya.Nur Salimah berkata, pendidikan berkaitan buli siber juga perlu diperluaskan dengan mengajar pelajar bukan sahaja cara melindungi diri, tetapi bagaimana menjadi rakan yang selamat apabila seseorang datang meminta pertolongan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian08:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.