
Masih banyak perlu diperbaiki Liverpool - Isak
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
LONDON: Penyerang Liverpool, Alexander Isak mengakui masih banyak kelemahan perlu diperbaiki pasukannya selepas berjaya membantu The Reds menewaskan Brentford 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), tengah malam tadi. (Berita Harian, 06:31)
Read the reporting
1 report
Masih banyak perlu diperbaiki Liverpool - Isak
LONDON: Penyerang Liverpool, Alexander Isak mengakui masih banyak kelemahan perlu diperbaiki pasukannya selepas berjaya membantu The Reds menewaskan Brentford 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), tengah malam tadi.
Isak meledak gol kemenangan pada minit ke-70 ketika Liverpool mengambil kesempatan daripada kelebihan pemain selepas Yehor Yarmoliuk dilayangkan kad merah kerana menanduk Jeremy Jacquet sebelum rehat.
Brentford terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Keane Lewis-Potter sebelum Victor Munoz menyamakan kedudukan buat Liverpool.
Gol itu juga menjadi jaringan kelima Isak musim ini selepas penyerang Sweden berkenaan kembali daripada kecederaan.
Bagaimanapun, Liverpool gagal mengawal permainan dengan baik pada penghujung perlawanan walaupun Brentford terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas Vitaly Janelt menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan.
"Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kami sedang menunjukkan perkembangan dan mengutip mata sepanjang perjalanan, yang juga penting," kata Isak.
Isak yang dikeluarkan selepas menjaringkan gol kemenangan itu turut mengakui pemain di bangku simpanan cemas melihat pasukan bergelut untuk mengekalkan kelebihan.
"Kami yang berada di bangku simpanan menjerit meminta rakan sepasukan terus menguasai bola dan menghabiskan permainan," katanya.
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool naik ke tangga kelima liga, hanya dua mata di belakang Arsenal yang menduduki tempat kedua.
Bagaimanapun, pengendali Liverpool, Andoni Iraola turut meluahkan rasa kecewa terhadap cara anak buahnya mengendalikan permainan selepas mendahului 2-1.
"Kami bermain dengan sangat baik sehingga menjadikan kedudukan 2-1. Selepas itu, kami mula terlalu melindungi kelebihan dan gagal menguruskan minit-minit terakhir dengan baik.
"Kami kurang tenang ketika menguasai bola. Ada kalanya kami hanya perlu mengekalkan penguasaan bola dan tidak terus mencari gol pada peluang pertama," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian06:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.