
ATM kaji semula elaun Askar Wataniah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PORT DICKSON: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mengkaji semula kadar elaun Askar Wataniah yang masih rendah bagi menggalakkan lebih ramai anggota pasukan simpanan itu menyertai latihan. (Utusan Malaysia, 13:15)
Read the reporting
2 reports
ATM kaji semula elaun Angkatan Sukarela
ORT DICKSON: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mengkaji semula kadar elaun Angkatan Sukarela yang masih rendah bagi menggalakkan lebih ramai anggota pasukan simpanan itu menyertai latihan.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, kadar elaun Angkatan Sukarela yang kali terakhir dinaikkan empat tahun lalu perlu disemak semula kerana masih rendah mengikut keadaan semasa.
Katanya, Angkatan Sukarela berperanan sebagai sumber tenaga tambahan bagi memperkukuh kekuatan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.
“Angkatan Sukarela ini kita perlukan sebagai salah satu sumber untuk memperkukuh kekuatan anggota tentera tetap, bukan sahaja Tentera Darat, tetapi juga Tentera Laut dan Tentera Udara.
“Bagi pandangan saya, kadar elaun RM8 dan RM9.80 per jam untuk latihan agak rendah dalam keadaan sekarang,” katanya pada sidang akhbar selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 206/26 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini, hari ini.
Malek Razak berkata, anggota Angkatan Sukarela yang aktif menyertai latihan dan aktiviti rejimen masing-masing turut memperoleh mata tambahan sekiranya berminat menyertai atau diserap ke dalam perkhidmatan tetap ATM.
“Ini akan memudahkan proses tapisan berdasarkan kesungguhan mereka untuk terlibat dalam Angkatan Sukarela,” katanya.
Menurutnya, ATM turut merancang menambah baik kemudahan latihan dan infrastruktur serta memperkenalkan pendekatan latihan lebih kreatif bagi menarik penyertaan anggota.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) ditawarkan kredit tambahan dalam pengajian serta keutamaan menyertai skim pengambilan pegawai graduan ATM.
Katanya, insentif itu bertujuan menggalakkan lebih ramai penuntut menyertai perkhidmatan tetap ATM selepas menamatkan pengajian.
Sementara itu, Malek Razak berkata, ATM turut merancang menyerahkan sebahagian aset Malaysian Battalion (Malbatt) kepada Angkatan Pertahanan Lubnan (LAF) susulan pengunduran pasukan pengaman negara yang dijadualkan selesai menjelang akhir Februari 2027.
“Antaranya generator dan peralatan sokongan lain yang kebanyakannya akan diserahkan kepada mereka, manakala aset strategik termasuk persenjataan akan dibawa pulang ke Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, seramai 1,326 perajurit muda menamatkan latihan asas ketenteraan hari ini.
The post ATM kaji semula elaun Angkatan Sukarela appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.