Malaysian Attention Engine
Live wire
56General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November54Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare48'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M46Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam46Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City45Business : Malaysia Must Plan Data Centre Growth To Attract Quality Investments - Anwar45Scammer impersonates Raja Muda’s bodyguard to dupe public over luxury car, land deals: Selangor Palace45DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah41Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Menterjemah keunikan Sabah dalam karya kreatif

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 12:21 MYTLatest activity 19 Oct, 12:21BMconfidence 60%

What happened

KOTA KINABALU: Kekayaan biodiversiti, kepelbagaian etnik, warisan budaya dan sejarah unik Borneo menjadi kelebihan yang mampu meletakkan sastera Sabah sebagai naratif penting di persada antarabangsa. (Berita Harian, 12:21)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Menterjemah keunikan Sabah dalam karya kreatif

By Rafiqah Dahali · 19 Oct, 12:21 MYT

KOTA KINABALU: Kekayaan biodiversiti, kepelbagaian etnik, warisan budaya dan sejarah unik Borneo menjadi kelebihan yang mampu meletakkan sastera Sabah sebagai naratif penting di persada antarabangsa.

Namun, potensi itu memerlukan usaha lebih tersusun daripada penulis, institusi sastera dan kerajaan supaya kisah masyarakat tempatan mampu menjangkau pembaca global.

Pengarah Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Dr Ramzah Dambul, berkata Sabah mempunyai keunikan tersendiri yang boleh diketengahkan melalui karya kreatif, terutama ketika dunia semakin memberikan perhatian terhadap biodiversiti, kepelbagaian budaya dan sejarah Borneo.

Katanya, Borneo bukan sahaja kaya dengan kepelbagaian spesies dan etnik, malah mempunyai sejarah penjajahan, kerajaan serta geopolitik yang menarik untuk diterokai melalui persuratan.

"Borneo ini ada isu yang sedang mendapat perhatian dunia. Dari segi biodiversiti, kita kuat, sama ada kepelbagaian spesies mahupun kebudayaan.

"Walaupun pulau ini kecil, jumlah etnik di Sabah, Sarawak dan Kalimantan sangat banyak. Sejarah Borneo juga unik, termasuk sejarah penjajahan, kerajaan dan geopolitiknya," katanya

dalam Forum "Melakar Masa Depan Sastera Sabah di Persada Dunia" yang turut menampilkan Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Datuk Jasni Matlani dan novelis, Ruhaini Matdarin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, baru-baru ini.

Ramzah berkata, keistimewaan geografi seperti Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Borneo, dan Tanjung Simpang Mengayau turut menyediakan sumber penceritaan yang luas kepada penulis.

Selain memperkenalkan keunikan negeri, karya kreatif boleh mengangkat persoalan kemanusiaan, alam sekitar, budaya dan perubahan masyarakat yang mempunyai nilai sejagat. Cerita rakyat serta legenda masyarakat peribumi, termasuk kisah srikandi Sabah seperti Dang Insum, juga berpotensi memperkenalkan khazanah sejarah tempatan kepada dunia.

Tembusi pasaran antarabangsa

Bagaimanapun, kekayaan bahan itu perlu diterjemahkan menjadi karya bermutu yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Novelis, Ruhaini Matdarin, berkata sebahagian karya berasaskan kearifan tempatan masih terperangkap dalam pendekatan permukaan, sedangkan penerbit antarabangsa mencari penceritaan yang mempunyai kedalaman sosial, budaya, politik dan ekonomi.

"Ramai penulis menulis dalam ruang kearifan tempatan, tetapi sifatnya masih di permukaan. Contohnya, kita fokus kepada satu kulinari atau mempromosikan linopot, tetapi jejak sosial di sebalik budaya itu tidak dikembangkan.

"Jejak budaya, politik dan ekonomi itu yang penting untuk menjadikan sesebuah karya mampu memasuki tema universal," katanya.

Menurutnya, penulis perlu menghubungkan unsur tempatan dengan pengalaman manusia yang lebih luas, selain berani meneroka teknik penceritaan baharu dan membina jaringan dengan penterjemah serta penerbit antarabangsa.

Usaha penterjemahan juga perlu dinilai berdasarkan jangkauan pasaran, bukan sekadar jumlah karya yang berjaya diterjemahkan.

"Persoalannya, ke mana karya-karya itu merentas? Adakah sekadar diterjemahkan sesama kita atau dibawa merentas benua?

"Kita perlu melihat sejauh mana karya kita boleh diterjemahkan dan dipasarkan di lima benua, bukan sekadar berhenti pada lingkungan kepulauan Melayu," katanya.

Sementara itu, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Datuk Jasni Matlani, berkata usaha mengangkat sastera Sabah memerlukan kerjasama kolektif antara penulis, persatuan, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi berkaitan.

Beliau berkata, penulis Sabah sudah terbabit dalam kegiatan sastera di peringkat kebangsaan dan ASEAN, namun usaha itu perlu diperkukuh melalui program antarabangsa serta pendedahan kepada perkembangan kesusasteraan dunia.

"Saya mahu melihat kita bukan ditunjukkan jalan, sebaliknya kita yang menunjukkan jalan.

"Sastera kita harus terbuka kepada semua orang. Kita mesti belajar daripada tokoh dunia dari segi pengkaryaan, komitmen, proses kreatif dan hasil karya mereka," katanya.

Sejarah MA63

Jasni menegaskan kearifan tempatan tidak seharusnya diketepikan kerana dianggap terlalu kecil atau setempat. Sebaliknya, penulis perlu menghasilkan karya berkualiti, menerbitkan buku dan membina budaya penerbitan aktif tanpa menjadikan pengiktirafan sebagai matlamat utama.

Beliau turut menggesa Dewan Bahasa dan Pustaka memperluas kerjasama dengan penulis serta institusi luar negara, selain menggalakkan penyertaan tokoh ASEAN dan antarabangsa dalam kegiatan sastera Sabah.

Dalam masa sama, sejarah pembentukan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diteroka dengan lebih berani melalui novel, cerpen dan puisi bagi memperkenalkan pengalaman sejarah Sabah kepada pembaca luar.

Usaha itu memerlukan sokongan dasar khusus dan bantuan kerajaan supaya penulis berpeluang menjalankan penyelidikan, mendokumentasikan warisan serta menghasilkan karya secara berterusan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:11 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 12:21 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:21

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.