
Mexico bimbang peningkatan penggunaan dron oleh kartel dadah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Peningkatan penggunaan teknologi dron oleh kartel dadah disifatkan sebagai isu membimbangkan di peringkat nasional. (Astro Awani (BM), 10:00)
Read the reporting
1 report
Kartel dadah Mexico didakwa guna dron serang kumpulan pesaing
Mexico City: Setiausaha Pertahanan Mexico Ricardo Trevilla Trejo menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan teknologi dron oleh kartel dadah yang disifatkan sebagai isu membimbangkan di peringkat nasional, lapor Anadolu Ajansi.
Kenyataan beliau pada Selasa itu menyusuli laporan bahawa anggota kartel dadah Mexico terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine bagi mempelajari taktik peperangan menggunakan dron.
"Ya, perkara ini membimbangkan kami di seluruh negara. Oleh itu, sejak tahun lepas, kami telah membeli banyak sistem anti dron jenis tetap dan mudah alih. Sistem itu juga ditempatkan di sepanjang sempadan dan kami menjalankan operasi dengan kerjasama Amerika Syarikat (AS)," katanya.
Pada 4 dan 11 Oktober, tentera Mexico melaporkan rampasan 15 dron gentian optik di Sinaloa, barat laut negara itu, iaitu teknologi yang lazim digunakan dalam perang Rusia-Ukraine.
Sinaloa kini menjadi tumpuan konflik antara kartel dadah susulan perpecahan Kartel Sinaloa kepada dua puak yang bersaing untuk menguasai wilayah berkenaan.
Trejo berkata, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti kumpulan jenayah yang menggunakan teknologi itu, sambil menjelaskan bahawa penggunaannya tidak terhad di wilayah utara Mexico.
Pada Ogos, penduduk Los Bayados di negeri Guerrero terpaksa meninggalkan kediaman mereka susulan serangan dron oleh kumpulan jenayah.
"Kami percaya bahawa... mereka menggunakan dron komersial secara meluas, yang kemudiannya diubah suai untuk menyerang kumpulan pesaing dan, dalam banyak kes, pihak berkuasa juga. Walau bagaimanapun, ini bukanlah dron yang sangat canggih," kata Trejo.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)10:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.