
MN Holdings dapat kontrak infrastruktur pusat data bernilai RM293.88 juta
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM293.88 juta membabitkan pembinaan dua stesen pendaratan pengguna (CLS) 275 kilovolt (kV) bagi pembangunan pusat data yang terletak di wilayah tengah Semenanjung Malaysia. (Berita Harian, 21:18)
Read the reporting
1 report
MN Holdings dapat kontrak infrastruktur pusat data bernilai RM293.88 juta
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM293.88 juta membabitkan pembinaan dua stesen pendaratan pengguna (CLS) 275 kilovolt (kV) bagi pembangunan pusat data yang terletak di wilayah tengah Semenanjung Malaysia.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pakar penyelesaian pembinaan dan kejuruteraan utiliti infrastruktur itu berkata ia akan melaksanakan kontrak pembinaan, pembekalan, pemasangan, ujian dan pentauliahan kemudahan CLS termasuk kerja-kerja bangunan utama serta luaran yang berkaitan.
"Kerja pembinaan bermula pada September 2026, dan dijangka selesai menjelang Ogos 2027," katanya.
Pengarah Eksekutif MN Holdings, Datuk Dang Siong Diang, berkata projek itu menunjukkan permintaan yang berterusan untuk infrastruktur kuasa voltan tinggi dalam menyokong pembangunan pusat data berskala besar.
"Pengalaman kami dalam menyampaikan pencawang voltan tinggi dan infrastruktur tenaga meletakkan kami dengan baik bagi mengambil bahagian dalam segmen yang semakin berkembang ini.
"Kami kekal fokus untuk melaksanakan projek-projek berkenaan dengan berkesan sambil terus mengejar peluang merentasi infrastruktur tenaga, pusat data dan sektor utiliti di seluruh Semenanjung Malaysia," katanya.
-BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.