
MYDIN santuni 15 rumah kebajikan menerusi kempen 'A Brighter Deepavali'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MYDIN santuni 15 rumah kebajikan menerusi kempen 'A Brighter Deepavali' (Harian Metro, 14:55)
Read the reporting
1 report
MYDIN santuni 15 rumah kebajikan menerusi kempen 'A Brighter Deepavali'
syazrina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) akan menyantuni 15 rumah kebajikan terpilih di seluruh negara menerusi kempen 'A Brighter Deepavali' sempena sambutan Deepavali tahun ini.
Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat Mydin berkata, kempen itu adalah usaha pihaknya untuk berkongsi kegembiraan Deepavali bersama golongan yang memerlukan.
Beliau berkata, MYDIN bekerjasama dengan stesen radio Raaga dan Minnal FM serta akhbar Makkal Osai bagi menjayakan inisiatif berkenaan.
"Bagi MYDIN, sambutan perayaan bukan sekadar mengenai promosi dan jualan, tetapi juga peluang untuk kita berkongsi kegembiraan dan menyantuni mereka yang memerlukan.
"Melalui kempen 'A Brighter Deepavali,' kita mahu memastikan keceriaan Deepavali turut dirasai oleh komuniti yang kita santuni," katanya.
Menurut beliau, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin bersama rakan pembekal akan menyumbang sebanyak RM100,000 dalam bentuk baucar tunai dan barangan keperluan asas kepada 15 rumah kebajikan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, orang ramai juga boleh menyumbang barangan keperluan asas menerusi bakul sumbangan yang disediakan di cawangan MYDIN terpilih sehingga 30 Oktober ini.
"Pelanggan juga dialu-alukan untuk turut menyumbang supaya lebih ramai dapat merasai kegembiraan sempena Deepavali melalui bantuan yang akan diserahkan bermula 1 sehingga 8 November ini," katanya.
Kempen itu dilancarkan Timbalan Menteri Perpaduan Malaysia, R Yuneswaran pada majlis yang berlangsung di MYDIN Seremban 2, di sini, 8 Oktober lalu.
Kempen berkenaan turut menampilkan Bombay Bazaar dengan kerjasama Taaka Lee Studio yang menghimpunkan peniaga kecil daripada komuniti India untuk memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan MYDIN.
Dalam pada itu, Ahimmat berkata, inisiatif itu memberi peluang kepada peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan, selain memperkenalkan produk dan budaya komuniti India kepada masyarakat.
"MYDIN sentiasa menyokong usahawan kecil dan tempatan dengan membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan akses ke pasaran yang lebih luas.
"Melalui Bombay Bazaar, kita bukan sahaja memberi peluang ekonomi kepada peniaga kecil, tetapi turut memberi pengalaman kepada pelanggan untuk mengenali dan mencuba pelbagai produk yang ditawarkan," katanya.
Kempen 'A Brighter Deepavali' adalah sebahagian daripada usaha berterusan MYDIN menerusi MYDIN Prihatin dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial serta berkongsi manfaat bersama masyarakat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.