
Neville 'bantai' United, risau bakal dibelasah Atletico Madrid
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MANCHESTER: Bekas kapten legenda Manchester United, Gary Neville sekali lagi meluahkan rasa berang dan membidas pemain skuad Red Devils yang didakwa gagal mempamerkan kesungguhan ketika diikat Tottenham Hotspur, sambil memberi amaran keras bahawa mereka berisiko 'dibelasah' Atletico Madrid pada pertengahan minggu ini. (Berita Harian, 18:15)
Read the reporting
1 report
Neville 'bantai' United, risau bakal dibelasah Atletico Madrid
MANCHESTER: Bekas kapten legenda Manchester United, Gary Neville sekali lagi meluahkan rasa berang dan membidas pemain skuad Red Devils yang didakwa gagal mempamerkan kesungguhan ketika diikat Tottenham Hotspur, sambil memberi amaran keras bahawa mereka berisiko 'dibelasah' Atletico Madrid pada pertengahan minggu ini.
Skuad kendalian United menjadi mangsa ejekan penyokong sendiri di Old Trafford pada Sabtu apabila gagal mempertahankan kelebihan sebelum dibolosi gol lewat saingan oleh sepuluh pemain Spurs, sekali gus melebarkan rekod tanpa kemenangan kepada empat perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan.
Menurut Neville, sikap kurang berjuang kini jelas ketara dalam kalangan pemain, terutamanya apabila penyokong mula mempersoalkan tahap kerajinan mereka berlari di atas padang menyusuli pendedahan Youri Tielemans bahawa pasukan itu tidak banyak bekerja keras dalam aspek terbabit ketika sesi pramusim.
Kekurangan statistik larian yang membimbangkan musim ini turut mencetuskan tanda tanya besar mengenai corak permainan pasukan, mendorong Neville melancarkan kritikan tajam menerusi The Gary Neville Podcast.
"Apa yang penyokong United tidak akan terima adalah apa yang mereka lihat sebagai kekurangan usaha, dan realitinya mereka tidak cukup berlari, mereka tidak menunjukkan ketahanan, keazaman serta semangat juang yang secukupnya," kata Neville.
"Ejekan penonton jelas menceritakan betapa mereka amat hampa dengan apa yang disaksikan. Apa yang kita lihat sekarang ialah pasukan yang seolah-olah hilang arah dan kelab ini mula kelihatan terlalu besar buat sebahagian daripada mereka."
Beliau turut mengulas reaksi hiba di bangku simpanan apabila melihat gelagat pemain di atas padang.
"Gelengan kepala Carrick membayangkan persoalan..adakah mereka bermain demi saya? Apa yang sedang berlaku dengan kelompok pemain itu? Adakah mereka hilang keyakinan? Adakah mereka sudah 'tutup suis'? Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Kerana ini bukan lagi kelompok pemain yang saya kendalikan musim lalu."
United dijadualkan berdepan ujian getir menentang Atletico Madrid di Stadium Metropolitano pada saingan Liga Juara-Juara minggu ini, biarpun mereka memulakan kempen fasa liga kejohanan itu dengan kemenangan sebelum ini.
Atletico kini menduduki tangga kedua saingan La Liga dan baru sahaja menewaskan Real Madrid dalam aksi tetangga Madrid sebelum rehat perlawanan antarabangsa baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai krisis ketiadaan usaha daripada skuad United, Neville menambah:
"Ia adalah satu kerisauan yang amat besar apabila melangkah ke fasa jadual padat setiap tiga hari, di mana saingan Liga Juara-Juara bakal menghambat anda dengan keras.
"Anda berdepan perlawanan sukar dan setiap aksi selepas ini menuntut keperibadian serta karakter sebenar. Ia memerlukan kelompok pemain yang berdaya tahan dan buat masa ini, anda pasti bimbang bagaimana mereka mengharungi siri perlawanan ini.
"Cuti rehat tiga minggu sepatutnya menjadi detik set semula tetapi bagaimana anda boleh tampil dengan prestasi seperti itu pada 20 minit pertama adalah sesuatu yang sukar untuk dihadam." -AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.