
Ogura tolak Honda, kini buru kejayaan bersama Yamaha
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Tokyo: Pelumba Jepun, Ai Ogura, seakan-akan ditakdirkan melangkah ke MotoGP bersama Honda, namun keputusan mengejutkan menolak tawaran itu pada 2023 membuka laluan buatnya menyertai pasukan Yamaha empat tahun kemudian. (Harian Metro, 12:21)
Read the reporting
1 report
Ogura tolak Honda, kini buru kejayaan bersama Yamaha
Tokyo: Pelumba Jepun, Ai Ogura, seakan-akan ditakdirkan melangkah ke MotoGP bersama Honda, namun keputusan mengejutkan menolak tawaran itu pada 2023 membuka laluan buatnya menyertai pasukan Yamaha empat tahun kemudian.
Ogura membina karier menerusi program pembangunan Honda, bermula dalam Asia Talent Cup sebelum beraksi bersama Honda Team Asia dalam kelas Moto3 dan Moto2.
Pelumba itu hampir dinaikkan ke kelas premier pada 2024 bersama LCR Honda, namun memilih untuk menolak tawaran berkenaan kerana mahu menumpukan perhatian kepada misi memburu gelaran dunia sebelum melangkah ke MotoGP.
Keputusan itu menyaksikan Ogura berpindah daripada Honda Team Asia ke MT Helmets-MSI bagi menghadapi musim 2024, satu langkah yang akhirnya membuahkan hasil apabila beliau muncul juara dunia Moto2 pada tahun berkenaan.
Ogura tetap memperoleh tempat dalam saingan MotoGP pada 2025 apabila menandatangani kontrak bersama Trackhouse untuk menunggang jentera Aprilia pasukan satelit.
Keputusan itu ternyata membuahkan hasil apabila Ogura mencipta sejarah sebagai pelumba Jepun pertama memenangi perlumbaan MotoGP sejak 2004 pada Grand Prix Belanda awal musim ini.
"Saya menolak Honda kerana saya belum bersedia untuk MotoGP.
"Selain itu, saya mahu memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran sebelum menyertai MotoGP. Itulah dua sebab utama saya membuat keputusan itu," katanya.
Selepas menjuarai Moto2 pada 2024, Ogura meneruskan karier dalam MotoGP bersama Trackhouse selama dua musim sebelum bakal menerima peluang lebih besar bersama pasukan kilang Yamaha pada tahun depan.
"Saya cuma membuat keputusan yang saya rasakan paling tepat berdasarkan situasi ketika itu," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.